Page 122 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 122

Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, 35900 Tanjung Malim, Perak.
                1                         2
                 kartheges@fbk@upsi.edu.my,  ilangkumaran@fbk@upsi.edu.my,
                                           4
                  3 tulasibaskeren04@gmail.com,   tulasibaskeren04@gmail.com

          Thirukural merupakan satu komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Tamil
          di SJKT. Thirukkural mengutarakan nilai-nilai moral dan nilai insan untuk kehidupan
          manusia  yang  harmoni.  Teknik  pengajaran  dan  pembelajaran  Thirukkural  perlu
          mempengarui  penghayatan  kandungan  secara  berkesan.  Pendekatan  kaedah
          pemainan sangat berkesan dalam pengajaran komponen bahasa. Oleh itu, teknik
          permaian kad ‘Kuralodu Vilayadhu’ merupakan satu inovasi yang dapat memberi
          kesan  positif  kepada  murid-murid  mahupun  guru-guru.  Permainan  Kad  ‘Kuralodu
          Vilayadu’ memfokuskan kepadanan kuplet Thirukkural dengan maksud yang betul.
          Sebanyak 30 kuplet dan maknanya dicetak dalam bentuk kad secara berasingan.
          Ini bererti jumlah kad permainan ini adalah sebanyak 60 keping. Para pelajar dapat
          bermain  permaianan  ‘Kuralodu  Vilayadu’  secara  berpasangan  mahupun
          berkumpulan  dan  mereka  berusaha  untuk  menyusun  tiga  pasangan  kuplet
          bersama  maksud  dengan  betul.  Ahli  kumpulan  dapat  mengatur  strategi  supaya
          lawan mereka tidak mendapat pasangan kad mereka dengan mudah. Strategi ini
          akan  mengembangkan  daya  pemikiran  kritis  pelajar.  Kegairahan  dalam
          permaianan kad ini mendorong para pelajar menghafal kuplet Thirukkural dengan
          maksudnya dengan mudah. Permainan ini mudah dimainkan di mana-mana sahaja
          samaada di bilik darjah mahupun di tempat-tempat lain seperti kawasan rehat dan
          rumah. Kad-kad permainan ini mudah dicetak dengan kos yang rendah. Kad yang
          mengandungi  cetakan  kuplet  Thirukkural  dengan  maksudnya  merupakan  bahan
          utama  dalam  inovasi  ini.  Percetakan kad berwarna  yang berkualiti  tinggi dengan
          ilustrasi  yang cantik  dapat menarik  minat  para  pelajar.  Kekurangan  bahan  bantu
          belajar khasnya untuk mata pelajaran Bahasa Tamil membolehkan inovasi kad ini
          mudah  dikomersalkan  di  sekolah  rendah  mahupun  sekolah  menengah  dengan
          harga yang murah.
          Kata kunci: Thirukkural, Kuralodu Vilayadu, Bahasa Tamil, Permainan Kad

          KA37

                                        e-ILMU

                                                1
             MUHAMMAD AQEEB BIN MOHD ANUAR , HARRIS DANIEL BIN MOHD
                                               3
                      2
               KHAIRIL , ALIFF IMRAN BIN IBRAHIM , SHIEKH IIMRAN KHAN BIN
                                   4
            MOHAMMED NASIR KHAN , MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD FAIZAL      5
                                   Kolej Komuniti Jasin
                 KM 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar 77300 Merlimau Melaka
                 1 mohdaqeebmohdanuar@gmail.com,   kronover02@gmail.com,
                                                2
                     3                      4
                     aleppimran702@gmail.com,  irisimran123@gmail.com,
                                5 Faizaldaus123@gmail.com

          Kami  telah  mengenal  pasti  tentang  tahap  penggunaan  GOOGLE  MEET  dalam
          talian bagi kegunaan di dalam kalangan pelajar dan guru di Malaysia. Pengunaan
          GOOGLE MEET dalam pengajaran dan pembelajaran mula dilaksanakan selepas
          pihak  kerajaan  memperkenalkan  Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  akibat
          daripada pandemik COVID- 19. Oleh demikian, penggunaan GOOGLE  MEET ini
          terdapat beberapa masalah yang dihadapi dan tidak dapat dielakkan oleh pelajar
          dan guru seperti masalah penggunaan data internet yang banyak, suasana yang
                                                                         118
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127