Page 126 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 126

mengurangkan  stres  murid-murid  tahap  1  di  sekolah  rendah  dan  di  sekolah
          pendidikan khas. KIT TBWD telah digunakan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri
          Pagi,  Senawang,  Negeri  Sembilan  dan  Sekolah  Menengah  Pendidikan  Khas
          Vokasional Shah Alam selama tiga bulan melalui kaedah pemerhatian ikut serta,
          latih tubi dan catatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid-murid tahap 1
          sekolah  rendah  dan  di  sekolah  berkeperluan  khas  mendapat  manfaat  dari  segi
          peningkatan  kemahiran  mendengar,  bertutur,  membaca,  pengamatan  dan
          koordinasi motor kasar dan halus. KIT TBWD juga mampu menjadi terapi kepada
          murid-murid  untuk  menyelesaikan  pelbagai  masalah  tingkah  laku  di  bilik  darjah
          kerana  mengandungi  aktiviti  dan  bahan  yang  menyeronokkan.  Inovasi  ini  juga
          mempunyai kaitan dengan aspek Seni Bahasa (KSSR) yang memberi penekanan
          kepada “belajar sambil bermain” dan permainan bahasa.
          Kata  kunci:  Masalah  Tingkah  Laku,  Latihan  Pemintal  Lidah,  Aktiviti,
                       Menyeronokkan, Terapi

          KA43

              PERMAINAN BAHASA: TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 1

                                                         2
                               1
            SHAHRIL ANAK ZAINI  , JESSECA JOO BINTI JOHN   , JESSIAH SUSAN
                  3
                                     4
                                                             5
             JOHN   ,MIKE BALA RAMAN   , MAGDELINE ANAK NOR , LING ANAK
                           6
                                                                      8
                                                7
           SNELUS ANGKING  , AINAH BINTI JULHEE   , SELINA BINTI AHMAD   , NG
                                     CHEE HUAY  9
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
                             Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak
                                                     3
            1 shahhrill99@gmail.com,  kevines157@gmail.com,  susanjessiah@gmail.com,
                                2
                                          5
                     4 mikebala66@gmail.com,  magsmks@yahoo.com.my,
             6
                                           7
               ling21-23@epembelajaran.edu.my,  ainah21-03@epembelajaran.edu.my,
                8 selina21-43@epembelajaran.edu.my,  ngcheehuay@ipgm.edu.my
                                               9

          “Permainan Bahasa: Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 1” merupakan satu inovasi
          yang  dapat  digunakan  oleh guru  bagi  meningkatkan  penguasaan murid  Tahun  1
          dalam  bidang  ilmu  tatabahasa  (nahu)  bahasa  Melayu.  Inovasi  yang  dihasilkan
          berfokuskan kepada konsep media interaktif agar dapat menarik minat murid dalam
          mempelajari tatabahasa bahasa Melayu sekali gus mengukuhkan lagi kefahaman
          mereka dalambidang ilmu nahu ini. Inovasi yang berkonsepkan media interaktif ini
          membolehkan murid untuk mengakses Permainan Bahasa pada bila-bila masa dan
          memberi ruang kepada guru untuk menilai prestasi murid secara berkala di mana-
          mana sahaja khususnya dalam situasi pandemik ini. Di samping itu, murid bukan
          sekadar  bermain  sambil  belajar,  malah  menggunakan  kemahiran  berfikir  melalui
          set-set permainan yang pelbagai. Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi
          yang digunakan dapat meningkatkan kecekapan murid dalam mempelajari bahasa
          Melayu sejajar dengan keperluan semasa. Melalui inovasi ini juga, perbendaharaan
          kata  murid  juga  secara  tidak  langsung  dapat  ditingkatkan  menjurus  kepada
          kemahiran berbahasa yang baik.
          Kata kunci: Permainan bahasa, tatabahasa, Bahasa Melayu, Tahun 1





                                                                         122
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131