Page 121 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 121
untuk dijadikan sesuatu produk yang baru dan mempunyai fungsi yang lain dan
sangat berguna. Produk inovasi ini penting untuk semua golongan pelajar agar
dapat melatih minda mereka dengan kebolehan kreatif , reka cipta , reka bentuk
serta menginovasi pelajar untuk membuat produk inovasi ini.
Kata kunci: kitar semula, pasu bunga, inovasi
KA35
INOVASI MANUAL PENDEKATAN TEKNIK INKUIRI 5P (MPTI5P)
TERHADAP PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU
3
2
1
KAVITHA RATNAM , ABDUL RAHIM HAMDAN , KAMA SHAFFEEI ,
1 SMJK San Min, Teluk Intan, Perak
2,3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
2
1 kavitharatnam80@gmail.com, abdulrahim@fpm.upsi.edu.my,
3
kama@fpm.upsi.edu.my
Inovasi Manual Pendekatan Teknik Inkuiri 5P (MPTI5P) dibangunkan bagi
meningkatkan kemahiran menulis yang merupakan satu aspek penting dalam
penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Inovasi ini bagi
mengenalpasti kesan penggunaan Model Pembelajaran Inkuiri 5P terhadap
kemahiran menulis Bahasa Melayu sekolah menengah. Teknik persampelan
secara rawak melibatkan sebanyak 31 pelajar tingkatan empat di salah sebuah
sekolah menengah dijadikan responden inovasi ini. Responden ditentukan
berdasarkan pencapaian akademik yang setara. Kaedah kuasi eksperimen
digunakan dalam inovasi kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi.
Deskriptif adalah peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala, Ujian t
Berpasangan digunakan dalam merumuskan dapatan inovasi. Hasil inovasi
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah ujian pra
dan ujian pasca [t (30) = -8.4; p <0.05]. Dapatan inovasi juga menunjukkan
bahawa kemahiran menulis pelajar meningkat dan pelajar menguasai daripada
aspek idea menepati kehendak soalan, pemilihan kosa kata yang sesuai ,
penggunaan ayat majmuk yang gramatis dan bervariasi, laras bahasa yang sesuai
dan mengandungi unsur-unsur menarik dalam karangan. Implikasi inovasi MPTI5P
ini membuktikan bahawa ia dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar yang
boleh digunakan bukan sahaja oleh guru Bahasa Melayu sahaja malah guru yang
mengajar bahasa-bahasa lain. Inovasi MPTI5P juga mampu mencipta generasi
yang berkualiti dan berfikiran matang dalam berkarya sekaligus meningkatkan
pendidikan nasional bertaraf dunia. Teknik MPTI5P dapat dikomersialkan dalam
bentuk kit manual pengajaran atau produk digital di masa depan dengan
mengutamakan penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis.
Kata kunci: Teknik Inkuiri 5P (MPTI5P), Karangan Bahasa Melayu, Pelajar
Tingkatan Empat
KA36
PERMAINAN KAD ‘KURALODU VILAIYADHU’
2
1
KARTHEGES A/L PONNIAH, PhD ; ILANGKUMARAN A/L SIVANADHAN, PhD ;
3
TULASI A/P BASKEREN ; SUBAHSHINI A/P JAISEELAN 4
Universiti Pendidikan Sultan Idris
117