Page 118 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 118

KA30

                      RECYCLE WATER DISPENSER (RWD PROJECT)

                                                           2
                                     1
                MASHITAH BINTI ROSLI , NURHANIS BINTI ZAINI , VINOD A/L
                                    RAJAKUMARAN   3
                                   Kolej Komuniti Jasin
                KM 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Malacca
                                                     3
            1 mashrosli@gmail.com,  haanisszaini@gmail.com,  Vinodraja200@gmail.com
                               2

          Kami  telah  mengenal  pasti  tentang  tahap  kesedaran  penggunaan  bahan  kitar
          semula dalam kalangan penduduk di Malaysia. Masalah utama yang sering berlaku
          di  Malaysia  adalah  pembuangan  bahan  kitar  semula  yang  dilakukan  secara
          berleluasa  sehingga  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar.
          Dalam  projek  RWD  ini,  kami  dapat  mengolah  semula  bahan  buangan  untuk
          menghasilkan  satu  barangan  yang  baru.  Kitar  semula  adalah  komponen  utama
          bagi  pengurusan  bahan  buangan  moden  dan  komponen  ketiga  dalam
          "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan". Oleh
          itu, saya dan rakan sekumpulan bercadang untuk menghasilkan satu model yang
          dinamakan "Recycle Water Dispenser" bagi menggalakkan penduduk di Malaysia
          untuk memanfaatkan penggunaan bahan kitar semula yang ada di
          sekeliling kita.
          Kata  kunci:  kitar  semula,  masalah  pembuangan  bahan  kitar  semula,  Recycle
                     Water Dispenser.

          KA31

                                    SISTEM eSURAT

          MIERA HAMIZAH, FATIN SYAZANA BINTI AZHAR,  NURIZZATI SYAMIMI BINTI
                      ZAIHAN, SITI NUUR SYAZWANI BINTI SULAIMAN
                              Kolej Vokasional Perdagangan,
                 Jalan Tun abdul Razak, Taman Tasek, 80350 Johor Bahru, Johor
                                  ameinatan@gmail.com

          Prosedur pengurusan surat dan fail merupakan salah satu perkara penting dalam
          memastikan pentadbiran kolej berjalan dengan lancar. Setiap surat yang diterima
          akan  diminitkan  dan  dimasukkan  ke  dalam  fail  berkaitan  sebelum  diserahkan
          kepada penerima. Proses menentukan surat untuk dimasukkan ke dalam fail sedikit
          sebanyak  menyukarkan  urusan  kerja  staf  yang  ditugaskan.  Penetapan  dan
          semakan  semula  fail  surat  memakan  masa  yang  lama  merupakan  salah  satu
          daripada  kesukaran  yang  dihadapi  oleh  staf.  Pensyarah  perlu  merujuk  kepada
          Person In Charge(PIC) untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan fail surat
          tersebut.  Keadaan  menjadi  rumit  apabila  staf  tersebut  cuti  disebabkan  hal-hal
          tertentu.  Oleh  hal  yang  demikian  ,  kami  telah  dipertanggungjawabkan  untuk
          membangunkan Sistem eSurat atau nama lainnya Sistem Pengurusan Surat dan
          Fail  Kolej  Vokasional  Perdagangan.  Sistem  eSurat  menyediakan  platform
          mentadbir  surat  dan  fail  secara  atas  talian  yang  memudahkan  tugas  staf  dalam
          menetapkan  dan  membuat  semakan  semula  fail  surat.  Hasil  daripada  projek  ini,
          kami mendapati urusan pensyarah tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada
          Person In Charge(PIC) untuk mendapatkan maklumat surat yang diterima. Sistem
                                                                         114
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123