Page 114 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 114

pen  penitis  atau  pita  titis.  Pen  penitis  menyalurkan  air  melalui  tiub  mikro  yang
          disambung  dari  paip  sub  di  setiap  lorong.  Pen  penitis  boleh  menyalurkan  air  ke
          dalam polibeg, ke atas batas atau di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana
          pen  penitis  ini  disambungkan  dari  tiub  mikro.  Sistem  pengairan  fertigasi
          memerlukan  skil  untuk  mengira  bajet  dan  kos  air  berpandukan  jenis  tanaman.
          Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi
          kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Menerusi kaedah ini,
          sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Fertigasi merupakan
          satu kaedah penanaman dimana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman
          diberikan  dalam  bentuk  larutan  dan  disalurkan  ke  bahagian  akar  pokok  melalui
          sistem  pengairan  titis  yang  dinamakan  fertigasi.  Kelebihan  sistem  ini  ialah
          pengairan dan pembajaan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.
          Kata kunci: Fertigasi, Transformasi, Teknologi, Produktiviti dan Efisien

          KA25

                    PERISIAN KURSUS BAHASA ARAB PINTAR AN-NUR

                                                         1
             NUR NATASHA ELIAYANA BINTI MOHAMAD SUKRI , NOOR ATHIRAH
                                                                     3,
                                      2
            NASRIAH BINTI MOHD NASRI , NUR AISYAH BINTI AWANG NGAH  SITI
                               NORHIDAYAH BINTI SAAD  4
                                Politeknik Muadzam Shah,
                   Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah,Pahang
                1 natashaeliayana12@gmail.com,  noor.athirah.nasriah@gmail.com,
                                           2
                     3                      4
                     nuraisyah3120@gmail.com,  saadhidayah@gmail.com


          Tanpa  diduga,  pandemik  Covid-19  yang  melanda  dunia  pada  tahun  2020  telah
          mengganggu dan mengubah modus pengajaran dan pembelajaran yang normal di
          seluruh  dunia  termasuk  Malaysia.  Pembelajaran  di  atas  talian  bukan  perkara
          baharu  namun  norma  baharu  yang  menjadi  rutin  harian  setiap  individu  berubah
          tanpa  terkecuali  termasuk  kanak-kanak  prasekolah  .  Penutupan  penuh  sektor
          pendidikan  mengajak  ramai  pihak  berdebat  membincangkan  kesan  sampingan
          terhadap  kanak-kanak  jika  didedahkan  terlalu  banyak  kepada  gadget  dan
          maklumat  atas  talian.  Namun,  hakikatnya  kita  tidak  boleh  berpatah  balik  kepada
          keadaan  sebelumnya  buat  masa  ini.  Pelbagai  pembaharuan  dan  pengolahan
          dibuat bagi penambah baik gaya pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
          untuk  kanak-kanak  prasekolah  untuk  menarik  minat  dan  memastikan  hasil
          pembelajaran mereka dicapai secara effektif dengan kesan sampingan seminimum
          mungkin.  Menyedari  pedagogi  kanak-kanak  prasekolah  yang  lebih  santai  dan
          berdaya visual, banyak aplikasi dan perisian dibangunkan secara interaktif, gambar
          yang besar, warna yang menarik dan mudah digunakan. Justeru, perisian kursus
          Bahasa  Arab  Pintar  An-nur  dibangunkan  menggunakan  modul  pembelajaran
          sebenar  Pusat  Asuhan  Tunas  Islam  (PASTI)sebagai  bahan  bantuan  sesi
          pembelajaran yang relevan dan efektif di musim pandemik ini.
          Kata kunci: Perisian Kursus, Prasekolah, Bahasa Arab, PandemikTHE BIG BOOK
                     OF HISTORY 2




                                                                         110
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119