Page 112 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 112

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
                           Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak.
                                          2
           1 670-20-goh@epembelajaran.edu.my,  660-20-grace@epembelajaran.edu.my,
                           3 663-20-shirly@epembelajaran.edu.my

          Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  perspektif  guru  prasekolah  terhadap
          penggunaan aplikasi multimedia iaitu Preschool Fingers On. Pada pandemik Covid-
          19  ini,  pengajaran  secarabersemuka  ditangguhkan  dan  ini  menyebabkan  guru
          prasekolah  menghadapi  kesukaran  untuk  menyampaikan  pengajaran  dengan
          berkesan  dalam  tempoh  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  (PdPR).
          Pelaksanaan  pengajaran  melalui  modul  didapati  membosankan  dan  kurang
          menarik minat murid melibatkan diri dalam PdPR. Oleh itu, Preschool Fingers On
          digunakan  untuk  mengganti  mod  pengajaran  yang  tradisional  dengan  membantu
          guru  menyampaikan  pengajaran  secara maya  dengan  lebih  efektif, interaktif  dan
          menyeronokkan. Preschool Fingers On banyak menggunakan media seperti video,
          kad  imbasan  digital,  rakaman  audio,  permainan  digital  dan  latihan  digital  untuk
          menggalakkan  penglibatan  murid.  Aplikasi  ini  berfokuskan  Tunjang  Komunikasi
          iaitu English (Aa – Zz) dan Tunjang Sains dan Teknologi iaitu Early Mathematics (1
          – 10). Subjek kajian ini terdiri daripada 15 orang guru prasekolah yang merupakan
          pelajar  Program  Diploma  Pendidikan  Pascasiswazah  (PDPP)  ambilan  Oktober
          2020 di Institut  Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang.  Soal selidik dalam
          bentuk  Google  Form  digunakan  untuk  mengumpul  data  tentang  perspektif  guru
          prasekolah  menggunakan  Preschool  Fingers  On.  Hasil  kajian  menunjukkan  guru
          prasekolah  memberi  maklum  balas  yang  positif  terhadap  penggunaan  Preschool
          Fingers  On.  Melalui  kajian  ini,  penggunaan  Preschool  Fingers  On  dipercayai
          memudahkan guru prasekolah menyampaikan pengajaran dalam tempoh PdPR. Ia
          juga  dapat  meningkatkan  penglibatan  murid  dengan  adanya  bahan  pengajaran
          digital  yang  menarik  dan  menyeronokkan.  Justeru,  tunjang  lain  yang  terdapat
          dalam  Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK)  boleh  diterapkan
          dalam aplikasi Preschool Fingers On untuk kegunaan PdPc pada masa yang akan
          datang.
          Kata kunci: perspektif, guru prasekolah, Preschool Fingers On, PdPR

          KA23

           PENGGUNAAN THINGLINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                  SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 - BIDANG IBADAH

                        MOHAMAD ALI BIN MOHD NOR @ MD NOOR
                        Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
                            Jalan Kolej, 93200 Kuching, Sarawak
                                 ali.altintani89@gmail.com

          Semasa menjalankan Praktikum Fasa 1, kami mendapati bahawa beberapa murid
          Tahun  4  menghadapi  masalah  dalam  menamakan  sudut  tegak,  sudut  tirus  dan
          sudut  cakah  pada  bentuk  segiempat  tepat,  segiempat  sama  dan  segitiga
          berdasarkan  hasil  kerja  latihan  mereka.  Oleh  itu,  kami  memberi  ujian  diagnostik
          kepada mereka untuk mengesahkan masalah serta mengenal pasti punca masalah
          mereka.  Analisis  dari  hasil  kerja  murid  dalam  ujian  sebelum  tindakan  telah
          mengenalpasti murid bermasalah dalam menamakan sudut tegak, sudut tirus dan
          sudut cakah pada sudut. Jawapan yang ditulis oleh murid-murid di luar jangkaan
                                                                         108
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117