Page 115 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 115

KA26

                                    MyKamusKahwin

                          NUR AZMAH BINTI MOHAMAD SALEH,
                                  Kolej Komuniti Klang,
          No 2680, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Taman Lipat Kajang, 41200 Klang,
                                       Selangor,
                             nurazmah.saleh@kkklang.edu.my

          Antara  misi  Kolej  Komuniti  Klang  (KK  Klang)  adalah  untuk  melahirkan  graduan
          holistik berciri keusahawanan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
          jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Juteru itu, graduan KK
          Klang  bukan  sahaja  ditawarkan  kursus  berteraskan  teknolgi  dan  keusahawanan
          tetapi juga dilengkapi dengan kursus kerohanian iaitu kursus Pendidikan Islam 1
          dan  2.  Pendidikan  Islam  2  mengandungi  topik-topik  berkaitan  isu-isu  dalam
          perkahwinan. Terdapat banyak istilah-istilah arab yang digunakan di dalam kursus
          ini  dan  sering  kali  mengelirukan  dan  menyukarkan  pelajar  untuk  mengingatinya.
          Oleh itu, MyKamusKawin diujudkan untuk membantu pelajar mengetahui maksud
          setiap  istilah  dan  membezakannya  dengan  istilah  yang  lain.  MyKamusKahwin
          menggunakan  perisian  power  point dengan  kaedah  hyperlink.  Oleh itu ia  mudah
          dicapai oleh semua pelajar di mana sahaja mereka berada sama ada mempunyai
          talian internet ataupun tidak. Ia boleh dikongsi melalui pelbagai medium komunikasi
          seperti  whatsapp,telegram,  email  dan  sebagainya  kerana  tidak  menggunakan
          ruang  storan  yang  besar.  Selain  itu,  penggunaan  MyKamusKahwin  ini  adalah
          sangat mudah dan terus kepada makna istilah yang dicari, dalam masa yang sama,
          ia  juga  menyediakan  penerangan  ringkas  bagi  setiap  istilah  untuk  menambah
          kefahaman pelajar.  MyKamusKahwin ini juga telah diuji kepada pelajar semester
          dua KK Klang dan didapati bermanfaat kepada mereka.
          Kata kunci: istilah, perkahwinan.

          KA27

                                     e-MODUL PTBI

                                                           1
          TANESMAN BUANGRAYA WENGE BIN ABDUL RAHMAN ; MOHD AZLAN BIN
                                           2
                   MOHAMMAD HUSSAIN, PhD ; CHE SOH BIN SAID, PhD  3
                              Universiti Pendidikan Sultan Idris,
                          35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
                                 1 man_abw@yahoo.com

          Modul  Pembelajaran  Teradun  Berasaskan  Inkuiri  (e-Modul  PTBI)  merupakan
          sebuah inovasi produk digital secara dalam talian yang dibangunkan untuk pelajar
          aliran  vokasional.  Pembangunan  modul  ini  adalah  untuk  melihat  kesan
          pelaksanaannya  ke  atas  pelajar  teknologi  elektronik  di  Kolej  Vokasional  untuk
          kursus  Penyelesaian  Masalah  Peralatan  Elektronik  Industri  (PMPEI)  terhadap
          prestasi  pencapaian  pelajar  dan  kebolehbgunaan  modul.  Modul  ini  dibangunkan
          menggunakan  strategi  pembelajaran  teradun  yang  berasaskan  pembelajaran
          inkuiri.  Teori  Konstruktivisme,  Konstruktivisme  Sosial,  Connectivism  dan  Kognitif
          Pembelajaran  Multimedia  dijadikan  sandaran  dalam  membangunkan  modul  ini
          dengan menggunakan platform WordPress. Manakala aktiviti pembelajaran dalam
                                                                         111
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120