Page 120 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 120
1 melissaamiera17@gmail.com, ahanis393@gmail.com,
2
3 4
nurkamilah1996@gmail.com, deeneswari28@gmail.com
Pemikiran tradisi melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif dilakukan oleh
seseorang yang kreatif. Sama ada kita sedar atau tidak kemunculan produk seperti
iPhone, Android,Blackberry, Twitter, Facebook dan YouTube serta kebangkitan
Google adalah hasil cetusan idea inovatif masyarakat Barat. Ciptaan ini telah
menukar cara hidup masyarakat masa kini dan menjadikan kehidupan manusia
lebih mencabar, seronok dan berdaya saing. Malah, inovasi dan kreativiti juga telah
menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea, Finland serta
beberapa buah negara maju yang lain. Berhadapan dengan situasi tersebut
Malaysia juga perlu memandang kehadapan dan mencuba untuk menjadikan
inovasi dan kreativiti sebagai suatu halatuju baru terutamanya dalam kalangan
generasi baru. Inovasi Logistics Expeet Gaming ini bertujuan untuk menarik minat
pelajar yang mana ianya berkonsepkan penggunaan media permainan dam ular
terhadap motivasi dan hasil belajar program logisitik. Permainan ini boleh
melibatkan lebih empat orang. Antara objektif utama inovasi ini ialah dapat menarik
minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran dan dapat memupuk serta
meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar. Inovasi ini juga dapat
menyelesaikan masalah-masalah proses pembelajaran dan pengajaran yang
membosankan serta dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti
dan inovasi pelajar. Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu
proses pengajaran di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang
dapat menarik minat pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi
pengetahuan tentang sesuatu subjek.
Kata kunci: motivasi, Logistics Expert Gaming, pembelajaran
KA34
KAJIAN PENGHASILAN PRODUK PASU BUNGA HIASAN
DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA
1
2
WAN IRDINA SOFEA BINTI WAN AZIZ SHAH , NUR HANA BINTI ROSLAN ,
3
LUKMAN HAKIM BIN MOHD ABDUL HADI , AMMAR ‘AZAMUDDIN BIN MOHD
4
NASARUDDIN , VINEETHAN A/L PARASARAMAN 5
Kolej Komuniti Jasin,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
KM24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka.
alyaaamalina5681@gmail.com
Kajian penghasilan produk pasu bunga hiasan daripada bahan kitar semula dipilih
sebagai kajian kumpulan. Pelaksanaan produk inovasi menggunakan bahan
terbuang juga merupakan inisiatif untuk menyelamatkan atau mengurangkan
penggunaan bahan yang boleh memudaratkan alam sekitar. Bahan buangan atau
terpakai bukan sahaja mampu menjadi hiasan rumah yang unik dan tampak
eksklusif. Penghasilan produk inovasi ini dengan menggunakan bahan buangan
atau bahan kitar semula iaitu bekas telur untuk dijadikan sebagai pasu bunga,
pemilihan corak dan warna menambahkan lagi produk tersebut. Selain itu, produk
ini juga mampu dihasilkan oleh segenap lapisan umur kerana bahan yang
digunakan adalah tidak terlalu rumit. Kelebihan produk inovasi ini ialah dapat
melatih pelajar memelihara alam sekitar seperti menggunakan bahan buangan
116