Page 125 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 125

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,
            Taman Bukit Pantai, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
                          mohamad10-986@epembelajaran.edu.my

          Inovasi Ebook Fiqh V2 merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang dinamakan
          “Mudah Safinatun Najah” hasil terjemahan kitab fiqh yang masyhur kepada sebuah
          aplikasi  telefon  pintar  oleh  sekumpulan  pelajar  dari  IPG  Kampus  Bahasa
          Antarabangsa. Aplikasi ini merupakan terjemahan dari kitab Safinatun Najah hasil
          karya Syeikh Salim Samir al-Hadromi asy-Syafi’e untuk dijadikan rujukan. Dalam
          pasca Revolusi Industri 4.0 ini, bahan rujukan melalui platform digital adalah lebih
          praktikal  berbanding  bahan  rujukan  berbentuk  fizikal.  Malah,  dengan  situasi
          pandemik  yang  melanda  dunia  ketika  ini.  Penggunaan  bahan  rujukan  melalui
          platform  digital  sangat  bertepatan  dengan  pergerakan  yang  terbatas  untuk
          mendapatkan bahan rujukan. Oleh sebab itu, aplikasi ini merupakan satu inisiatif
          bagi membantu pelajar merujuk nota yang disusun dalam aplikasi secara percuma
          yang  dinaiktaraf  dengan  penambahan  persoalan  fiqh  semasa  atau  Frequently
          Asked  Question  (FAQ)  mengenai  tajuk  Fiqh.  Aplikasi  ini  dibina  supaya  pelajar
          mudah akses kepada bahan pembelajaran melalui telefon pintar mereka. Pelajar
          boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store. Aplikasi ini juga
          berupaya untuk beroperasi tanpa data internet semasa penggunaanya. Aplikasi ini
          juga  membantu  guru  untuk  menjayakan  kaedah  flipped  classroom  dan  blended
          learning. Hasil dapatan dari beberapa pengguna menunjukkan kaedah penggunaan
          aplikasi ini sangat mudah dan tidak merumitkan. Pembaca boleh memilih dengan
          mudah  bab  yang  ingin  dibaca  tanpa  perlu  menyelak  helaian.  Aplikasi  ini  tidak
          dikomersialkan  memandangkan  niat  utamanya  adalah  untuk  membantu  pelajar
          mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran secara percuma.
          Kata kunci: Terjemahan, Revolusi Industri 4.0, platform digital, fiqh, mudah

          KA42

                       KIT TUTUR BACA WARNA DIGITAL (KIT TBWD)

                                    1
                                                                         2
            FARIDAH BINTI NAZIR, PhD ; AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS ;
                                            3
            ABDUL JALIL BIN TOHA @ TOHARA ; ABDUL MANAN BIN KASDI, PhD   4
             1 Kulliyyah of Languages and Management, International Islamic University
                                                                      3
                              2
          Malaysia, Pagoh, Johor;  Sekolah Kebangsaan LKTP, Jengka 10, Pahang;  Fakulti
                                                           4
           Pengurusan Maklumat, UITM Puncak Perdana, Shah Alam;  IPG Kampus Raja
                            Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
          1                 2                    3                  4
           fidafn@iium.edu.my,  Insanseni86@gmail.com,  thealeng@gmail.com,  manan12
                                04@epembelajaran.edu.my

          Murid-murid  di  tahap  1  sekolah  rendah  dan  di  sekolah  bekeperluan  khas  sering
          mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan,
          masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi. Oleh itu, Kit Tutur Baca
          Warna  Digital  (KIT  TBWD)  yang  terdiri  daripada  dua  item,  iaitu  perisian  untuk
          latihan  pemintal  lidah  dan  buku  aktiviti  serta  mewarna  Kisah  Zidni  disediakan
          dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti terapi ketika proses
          pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  di  bilik  darjah  sebagai  usaha  membantu
          murid-murid tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah bekeperluan khas mencapai
          potensi  maksimum  sesuai  dengan  keupayaan  mereka,  (b)  meningkatkan
          kemahiran  mendengar,  bertutur,  membaca,  pengamatan,  tumpuan,  minat  dan
                                                                         121
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130