Page 111 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 111
Justeru, inovasi Bukreatif ini boleh dipertimbangkan sebagai alat alternatif dalam
proses penangkapan ikan. Hal ini demikian kerana, kos pembinaannya yang murah
dan berkonsepkan mampu milik membolehkan setiap golongan menyediakan
Bukreatif ini dengan kos yang rendah.
Kata kunci: bubu, covid, perangkap, mampu milik, mesra alam
A21
REKREASI TUDUNG BOTOL RESEPI ASAS MATEMATIK (RTB)
NARAWI BIN ABU BAKAR, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
narawi.abubakar@ipgm.edu.my
Gelombang ke 3 pendemik COVID 19 ini semakin membimbangkan ibubapa.Satu
daripadanya mungkin mereka merasakan pembelajaran anak-anakmereka
dikatakan ketinggalan. Betulkah di rumah anak-anak tidak boleh belajar
matematik? Jawapannya tidak, dengan bimbingan ibubapa banyak aktiviti
matematik dapat dijalankan di rumah semasa pendemik ini. Pembelajaran
matematik akan lebih menyeronokkan jika dapat dipelajari dengan cara semulajadi
dan lebih bermakna. Setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ada kaitan
dengan matematik. Murid-murid dianugerahkan bijak matematik secara tidak
formal. Mereka mempunyai kefahaman sendiri tentang konsep matematik di
sekeliling mereka. Lebih banyak pendedahan, pengalaman matematik yang
diberikan oleh ibu bapa secara rekreasi kepada anak-anak, maka lebih tinggi
kefahamannya tentang konsep matematik seperti bentuk, hubungan, kuantiti dan
lain-lain. Asas matematik yang kukuh dari rumah akan membantu anak belajar
matematik dengan cepat dan seronok di sekolah. Teknik bermain sambil belajar
mejadikan murid cepat dan seronok belajar matematik. Penggunaan bahan maujud
atau kongkrit sangat membantu murid untuk cepat faham dan mampu
menyelesaikan cabaran matematik. Bahan bantuan mengajar yang boleh
dipegang, dirasa, dan dilihat akan membantu murid dengan lebih cepat dan
memberi keseronokan untuk belajar tanpa dipaksa atau rasa terpaksa.
Penggunaan tudung botol mudah diperoleh dan menerapkan konsep 3R
khususnya ‘recycle’ kitar semula. Melalui pendekatan rekreasi dapat menarik minat
murid belajar matematik. Dengan sedikit sentuhan kreativiti dan kesungguhan
inovasi ini boleh menyumbang kefahaman murid dalam asas matematik. Secara
kesimpulannya alat rekreasi tudung botol resepi asas matematik ini amat penting
dalam mewujudkan pembelajaran terutama semasa PKP. Secara tidak langsung
pembelajaran matematik terutama asas nombor dapat dilaksanakan dengan baik.
Persekitaran dirumah sendiri adalah satu tempat yang sesuai untuk dijadikan
pembelajaran secara simulasi.
Kata kunci: Pendemik covid-19, rekreasi, konsep 3R.
KA22
PERSPEKTIF GURU PRASEKOLAH TERHADAP PRESCHOOL FINGERS ON
DALAM TEMPOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
2
1
GOH TZE FONG , GRACE KO CIN ING , SHIRLY TAN BOON CHIEN 3
107