Page 106 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 106

Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.
                                  1
                                   8dysuzali@gmail.com

          Negara  kita  sering  menghadapi  masalah  banjir  samada  pada  musim  tengkujuh
          atau ketika hujan lebat (banjir kilat). Tiada amaran awal diterima menandakan air
          akan naik. Ini menyebabkan ada penghuni rumah sanggup berjaga malam ketika
          hujan  turun  dikhuatiri  air  akan  naik  dan  menengelamkan  peralatan/perabot  serta
          peralatan  elektrik  didalam  rumah.  Jika  banjir  besar  sehingga  menengelamkan
          rumah  mungkin  tiada  apa  yang  boleh  kita  lakukan,  tetapi  jika  air  naik  sehingga
          paras separuh rumah mungkin banyak yang kita boleh selamatkan jika ada amaran
          awal  yang  diberikan.  Kajian  ini  dijalankan  untuk  membangunkan  satu  sistem
          penggera  dan  pemutus  litar dua  peringkat  yang  digabungkan  dalam  satu  projek.
          Penggera akan memberikan isyarat awal (bunyi) yang menandakan air naik pada
          satu-satu paras yang telah kita laras (peringkat pertama). Peringkat pertama dilaras
          air naik sebelum melepasi soket suiz iaitu kurang dari satu kaki. Pada peringkat ini
          arus  elektrik  pada  suis  lampu  masih  dihidupkan  dan  arus  elektrik  di  pada  soket
          rumah  akan  di  matikan  bagi  mengelak  berlakunya  litar  pintas  pada  peralatan
          elektrik.  Ia  akan  menyelamatkan  peralatan  elektrik  tersebut  dari  rosak.  Pada
          peringkat ini juga penghuni rumah mempunyai masa untuk memindahkan barang-
          barang  yang  perlu  dan  penting  ke  tempat  lebih  selamat.  Pada  peringkat  kedua
          pula, arus elektrik pada suis lampu akan dimatikan menandakan air semakin tinggi
          dan  penghuni  rumah  perlu  segera  keluar  dari  rumah  mencari  tempat  yang  lebih
          selamat. Pada peringkat ini sensor akan dipasang pada ketinggian satu meter dari
          lantai  rumah.  Smart  switch  ditambah  pada  sistem  bagi  membolehkan  penghuni
          rumah  mematikan  terus  bekalan  elektrik  dari  luar  kawasan  walaupun  air  banjir
          masih belum naik.
          Kata kunci: Banjir, Pemutus litar, Amaran awal, Dua Peringkat, Smart Switch

          KA14

                    eSTORAZE (e-WAREHOUSE KOLEJ KOMUNITI JASIN)

                                         1
                                                                 2
             NORASHIKIN HJ SAMURI CMILT , NUR HUSNA BT SAMSURI , ALYAA
                             AMALINA BINTI AHMAD KASIM  3
                                   Kolej Komuniti Jasin,
                KM 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, 77300 Merlimau, Melaka
          1                   2                   3
           rk.kk@kkjasin.edu.my,  nurhusna@kkjs.edu.my,  alyaaamalina5681@gmail.com


          Pengurusan  Operasi  Gudang  merupakan  kursus  bagi  pelajar-pelajar  Sijil
          Perkhidmatan  Logistik  (SLK)  semester  3.  Memandangkan  bidang  SLK  ini  masih
          baru, maka masih belum banyak bahan rujukan serta panduan bagi memudahkan
          urusan pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar. Sebagai pensyarah, kami
          cuba  mencari  idea  dan  alternatif  untuk  memberi  gambaran  yang  lebih  jelas
          mengenai  proses  yang  terlibat  di  dalam  pergudangan.  Memandangkan  situasi
          semasa  disebabkan  oleh  pandemik  Covid-19,  lawatan  industri  merupakan  satu-
          satunya  kaedah  yang  agak  mustahil  untuk  dijalankan.  Selari  dengan  usaha
          kerajaan  dalam  menuju  kearah  IR  4.0,  sistem  e-Storaze  (e-warehouse  Kolej
          Komuniti Jasin) ini membantu pelajar membuat eksplorasi yang lebih meluas dalam
          bidang logistik secara maya. e-Storaze ini mengandungi maklumat, operasi serta
          urusniaga yang berlaku di gudang. Sistem ini memaparkan proses yang dijalankan
                                                                         102
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111