Page 104 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 104

Kami  telah  mempelajari  salah  satu  topik  sistem  pengangkutan  di  Merlimau
          berdasarkan kursus di dalam modul yang kami pelajari. Oleh itu , kami mengambil
          keputusan untuk memilih Merlimau sebagai tempat kajian dan hasil daripada kajian
          yang kami jalankan adalah permintaan perkhidmatan e-hailing yang terlalu tinggi.
          Masalah  utama  yang  terdapat  di  Merlimau  ialah  kekurangan  perkhidmatan  Grab
          Car. Grab Car juga mengandungi syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pemandu
          dan salah satunya adalah menggunakan kenderaan keluaran tahun 2012 dan ke
          atas.  Dalam  Projek  GCS  ,  kami  telah  mebuat  model  sebuah  pejabat  untuk
          Perkhidmatan Grab Car dan menyediakan kenderaan yang sesuai untuk digunakan
          oleh  pemandu  kami  yang  tidak  mencukupi  syarat  tersebut  dan  supaya  dapat
          memudahkan dan meringankan beban pemandu yang
          ingin menjana pendapatan. Oleh itu, saya dan rakan sekumpulan bercadang untuk
          mengadakan  perkhidmatan  Grab  Car  di  sekitar  kawasan  Merlimau  untuk
          memudahkan orang awam seperti pelajar dan penduduk yang tinggal di kawasan
          tersebut. Kami juga berniat untuk mengembangkan perkhidmatan Grab Car secara
          meluas di kawasan yang kami telah pilih.
          Kata  kunci  : prinsip amalan pengangkutan, masalah pengangkutan awam, Grab
                    Car Sentral.

          KA11

                                   TAB MATEMATIK

                                                                        4
                                                   3
                                       2
                         1
             KO YAN PING , TAY WAN YEE , POH ZI HAN , CHEAH PHEY CHENG
                            Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
                         31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
                    1                        2
                     waterball032101@gmail.com,  elvery981215@gmail.com
                       3                     4
                       zihan981209@gmail.com,  cheahpc96@gmail.com

          Tab  Matematik  merupakan bahan  bantu belajar  dan  bahan  bantu  mengajar  bagi
          mata pelajaran Matematik untuk pengajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan
          bidang  pembelajaran  operasi  asas,  iaitu  tambah,  tolak,  darab  dan  bahagi  serta
          topik-topik  lain  yang  berkaitan  seperti  pecahan  dan  nisbah.  Bagi  operasi  darab,
          murid-murid  melakukan  pendaraban  secara  berasingan  mengikut  nilai  tempat
          seperti  proses  yang  dilakukan  dalam  operasi  tambah.  Dalam  operasi  bahagi,
          kekurangan  kefahaman  konsep  pembahagian  bagi  operasi  bahagi  akan
          memberikan  kekangan  kepada  murid-murid  untuk  menyelesaikan  masalah  yang
          melibatkan operasi bahagi. Mereka tidak memahami konsep baki dan nilai tempat
          dalam  operasi  bahagi.  Masalah  ini  mengakibatkan  mereka  mudah  melakukan
          kesilapan  semasa  menjawab  soalan  pembahagian.  Bagi  mengukuhkan  konsep
          pendaraban  iaitu  penambahan  secara  berulang  dan  konsep  pembahagian  iaitu
          penolakan  secara  berulang,  Tab  Matematik  juga  menyediakan  tapak  Addtract.
          Kaedah konkrit (concrete), gambar (pictorial), abstrak (abstract) diterapkan dalam
          Tab  Matematik.  Tab  Matematik  mengandungi  tapak  Multision  dan  Addtract  yang
          menunjukkan pola operasi asas, serta kad petak yang manipulatif dan boleh diisi
          oleh  pengguna  untuk  menyelesaikan  masalah.  Ia  bertujuan  untuk  menjelaskan
          konsep  yang  terlibat  serta  meningkatkan  penguasaan  dan  kefahaman  murid
          mengenai operasi asas bagi sebarang nombor bulat, termasuklah topik-topik lain
          yang  berkaitan.  Unsur  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK)  diterapkan
          dalam projek inovasi ini dengan pengaplikasian Scratch. Kajian inovasi bagi projek
          Tab Matematik yang telah dilaksanakan di sekolah telah menunjukkan peningkatan
                                                                         100
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109