Page 99 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 99

ini  walaubagaimanapun  agak  memenatkan  pensyarah  kerana  kebiasaannya
          bilangan  pelajar  di  dalam  satu  kelas  adalah  ramai.  Pensyarah  perlu  mengulang
          setiap  penerangan  dan  perlaksanaan  langkah  amali  beberapa  kali  sehingga
          mengambil  masa  yang  lama  dalam  satu  sesi  pengajaran.  Menggunakan  konsep
          WebAR tanpa perlu memuat turun apikasi tambahan
          percuma  yang  diintegrasikan  dengan  bahagian-bahagian  motor  yang  sebenar
          memboleh  info  dalam  bentuk  video  dan  teks  dipaparkan  dengan  kadar  yang
          singkat. Amat menarik dan berguna untuk semua pihak termasuk individu, institusi
          dan  tenaga  pengajar  sebagai  elemen  alat  bantu  mengajar  (  ABM  )  yang  seiring
          dengan teknologi semasa. Terbukti mampu meningkatkan motivasi dan kemahiran
          pelajar dengan hanya mengimbas imej ataupun fizikal motosikal atau enjin melalui
          pelayar  internet  yang  tersedia.  SBI  menjadikan  pengajaran  lebih  bersifat  kendiri
          dan  boleh  dipelajari  pada  bila-bila  masa  tanpa  kekangan  tempat  dan  masa.
          Penggunaan  inovasi  ini  dapat  meningkatkan  pengurusan  masa  pengajaran  di
          dalam kelas selain menarik minat pelajar untuk turut aktif semasa sesi pengajaran
          khususnya  untuk  pembelajaran  kendiri.  Dapatan  testimoni  pensyrarah  97  %
          memudahkan sesi demontrasi juga didapati amat manakala 100% pelajar bersetuju
          produk  ini  mampu  meningkat  kemahiran  dan  memudahkan  sesi  amali.  Selain
          pelajar  komuniti  juga  boleh  memanfaatkan  penggunaan  inovasi  ini  sebagai
          panduan  yang  berguna  untuk  mengenali  spesifikasi  tayar  terutama  tahun
          pengeluaran tayar agar tidak tertipu.
          Kata kunci: alat bantu mengajar, pembelajaran kendiri dan WebAR

          KA04

                                      MYCKIT 1.1

                                       1
                                                                    2
              MUHAMAD AZLIN BIN ISMAIL ; NORZALINA BIN MOHD YUSOF ; TS.
                                    3
             SALMIAH BINTI SHAHLAN ; ROSMILAWATI BINTI AB RAHMAN, PhD   4
                                Kolej Komuniti Bagan Datuk,
               Lorong Lagenda 2, Medaniaga Lagenda, 36400 Hutan Melintang Perak
                                  karimpin70@gmail.com

          Kit  Promosi  AR  1.1  (KPAR  1.1)  merupakan  produk  inovasi  baharu  yang
          dibangunkan  uintuk  memudahkan  proses  pemasaran  dan  menyebarluaskan
          maklumat  tentang  info  Kolej  Komuniti  Bagan  Datuk  termasuklah  jelajah  fasiliti,
          proses  kemasukan  pelajar,  testimoni alumni,  info  program secara  visual,  senarai
          flip  book  staf  kolej  komuniti,  link  borang  permohonan  dan  simpanan  no  telefon
          secara automatik. Inovasi ini dibangunkn kerana permasalahan brosur tradisional
          sebelum ini hanya mampu memaparkan info yang terhad dengan sekeping kertas
          tanpa  maklumat  multimedia  serta  memerlukan  penerangan  secara  lisan  yang
          panjang lebar oleh pasukan promosi termasuklah ikon pelajar. Objektif KPAR 1.1
          adalah membangunkan kit promosi AR yang digabungjalinkan dengan teknologi AR
          memboleh  pelanggan  mengakses  segala  info  dalam  bentuk  imej  2D,  imej  3D,
          video, flip book dan pautan pendaftaran hanya dengan mengimas gambar dengan
          menggunakan pelayar internet atau app. Kit ini merangkumi kad nama bermagnet
          dan  helaian  brosur  hardcopy  dan  juga  digital  yang  digabungjalinankan  dengan
          elemen  AR.  Ianya  juga  bertujuan  memudahkan  proses  penerangan  dan
          merangsang  pelanggan  menyimpan  kit  promosi  ini.  Impak  KPAR  1.1  ini  adalah
          ianya mampu memberikan penerangan sehingga 20-35 muka surat informasi

                                                                          95
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104