Page 97 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 97

Abstrak Pertandingan Inovasi
                 e-Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021
                          (e-SPeDIP2021) Peringkat Kebangsaan


          Kategori A : IPTA / IPTS / IPG / IAB / Matrikulasi / ILP / IKBN / Tingkatan 6 /
                    JPN / PPD / SISC+ / SIP

          KA01

                                    INOVASI CER-BA

                                                              2
                                  1
               KAMA SHAFFEEI, PhD ;  ABDUL RAHIM RAZALLI, PhD ; HABIBAH
                                               3
                                       HAMZAH
                              Universiti Pendidikan Sultan Idris
           Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan shah, Proton City, 35900
                                  Tanjong Malim, Perak.
          1                     2                     3                    3
           kama@fpm.upsi.edu.my,  rahim.r@fpm.upsi.edu.my,  habibah1970@gmail.com

          Inovasi  ini  bertujuan  untuk  meningkatkan  tahap  literasi  Murid  Berkeperluan  Khas
          Masalah  Pembelajaran  (MBKMP)  di  sekolah  menengah  dengan  pengaplikasian
          Inovasi  CER-BA.  CER-BA  ialah  pendekatan  membaca  dengan  menggunakan
          kaedah  bergambar  sesuatu  kemahiran  bacaan  dalam  subjek  Bahasa  Melayu.
          Hanya  dengan  menggunakan  pendekatan  CER-BA,  guru  lebih  mudah  mengajar
          konsep  asas  literasi  secara  ansur  maju  seawal  kemahiran  mengenal  huruf  yang
          kemudian  dikembangkan  kepada  kemahiran  membatang  suku  kata,  mengeja
          perkataan  seterusnya  diperluaskan  lagi  dalam  kemahiran  membaca  dan  menulis
          ayat mudah. Semua ini hanya dengan menggunakan satu bahan bantu mengajar
          sahaja  iaitu  CER-BA.  Objektif  kajian  ialah  mengenalpasti  penggunaan  kaedah
          CER-BA  dalam  meningkatkan  bacaan  Murid  Berkeperluan  Khas  Masalah
          Pembelajaran  di  sekolah  menengah.  Metodologi  kajian  dilaksanakan  secara
          kualitatif  dan  berbentuk  kajian  kes.  Sampel  kajian  melibatkan  seorang  guru  dan
          lima orang murid di sekolah menengah. Instrumen pemerhatian, analisis dokumen
          dan  temubual  digunakan  dalam  kajian  ini.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa
          Murid  Berkeperluan  Khas  Masalah  Pembelajaran  di  sekolah  menengah  boleh
          mengikuti  kaedah  CER-BA  dengan  langkah-langkah  yang  disediakan  oleh  guru
          Bahasa Melayu di dalam PdPc atau PdPR. Sokongan pihak sekolah dan ibubapa
          penting  bagi  membantu  murid  menguasai  kemahiran  membaca.  Penggunaan
          inovasi  CER-BA  kepada  Murid  Berkeperluan  Khas  Masalah  Pembelajaran  di
          sekolah  menengah  perlu  diperluas  dan  berpotensi  dikomersialkan  dalam  bentuk
          maujud  atau  teknologi  pengajaran  Bahasa  Melayu  pada  masa  depan.  Implikasi
          kajian ialah guru diberi pendekatan alternatif dengan pendekatan PdPC atau PdPR
          menggunakan kaedah CER-BA di bilik darjah mahupun atas talian bagi membantu
          murid menguasai bacaan dengan lebih cepat dan bersistematik.
          Kata  kunci:  CER-BA,  literasi,  Murid  Berkeperluan  Khas  Masalah  Pembelajaran,
                    sekolah menengah





                                                                          93
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102