Page 100 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 100

brosur tradisional yang tidak interaktif. KPAR 1.1 ini didatangkan dengan brosur AR
          dan kad nama bermagnet yang mengandungi maklumat pengambilan dan mudah
          diletakkan di petik sejuk di mana no telefon pegawai pengambilan boleh disimpan
          secara  automatik.  Terbukti  praktikal,  menjimatkan  dan  mesra  penggunakan
          menjadikan KPAR 1.1 ini terus menjadi pilihan warga Kolej Komuniti Bagan Datuk
          dalam usaha mempromosikan proses kemasukan pelajar serta menggegar industri
          promosi dengan elemen yang lebih trampil dan interaktif serta menjimatkan.
          Kata kunci: menyebarluaskan, mesra pengguna, digabungjalinkan, teknologi AR

          KA05

                 TEATER FORUM: INOVASI PEDAGOGI PENDIDIKAN MORAL

                                                             2
                                  1
          NADARAJAN THAMBU, PhD ; AMINAH ABD. RHAPOR, PhD ; SHASITHARAN
                                    3
                  RAMAN KUTTY, PhD ; CHANDER VENGADASALAM, PhD     4
                              Universiti Pendidikan Sultan Idris,
             Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains
                         Kemanusiaan, 35900, Tanjong Malim, Perak
                      1 nada@fsk.upsi.edu.my,  aminah205@uitm.edu.my,
                                          2
            3 shasitharan.ramankutty@ipgm.edu.my,  chandervengadasalam@gmail.com
                                             4

          Teater  Forum  ialah  satu  pedagogi  pengajaran  yang  direka  bentuk  untuk
          perkembangan 3 dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral, dan tingkah
          laku  moral.  Ketiga-tiga  dimensi ini  mampu  dikembangkan melalui  empat  langkah
          dalam Teater Forum iaitu: (i) Olahan skrip (ii) Lakonan anti-model (iii) Sesi forum
          dan (iv) Lakonan intervensi. Antara objektif Teater Forum ialah memberikan latihan
          kemoralan kepada murid untuk mengenali dilema moral dalam kehidupan sebenar
          (real-life  dilemma),  menangani  dilema  tersebut  secara  berhemah,  membuat
          pertimbangan  semasa  menangani  konflik  dan  seterusnya  membuat  keputusan
          yang  bermoral.  Keunikan  produk  Teater  Forum  ialah,  keempat-empat  langkah
          dalam  pedagogi  Teater  Forum  akan  dikendalikan  oleh  badut  atau  joker  yang
          berperanan sebagai guru atau fasilitator. Justeru, murid yang terlibat dalam Teater
          Forum  akan  belajar  secara  santai  selaras  dengan  konsep  ‘didik-hibur’  atau  fun
          learning. Kajian menunjukkan, pengajaran Pendidikan Moral di sekolah dan
          universiti   harus  bersandarkan  situasi  yang  mempunyai  dilema  moral  agar  murid
          dapat  dilatih  untuk  menguasai  kemahiran  ‘moral  reasoning’.  Pedagogi  Teater
          Forum  bersifat  transformatif  kerana,  isi  kandungan  dalam  buku  teks  diubah
          (transform)  sebagai  skrip  teater  (sesi  olahan  skrip)  dan  dilakonkan  sebagai
          (lakonan anti-model) serta konflik  atau  masalah  yang ditimbulkan  dalam  lakonan
          anti-model diselesaikan melalui lakonan intervensi. Maka, Teater Forum menjadi
          pedagogi yang mengalami transformasi daripada pengajaran fakta buku teks yang
          sehala, pasif dan stereotype kepada bentuk pengajaran aktif (active learning) yang
          mementingkan  aksi,  lakonan,  emosi,  pemikiran  kritis,  kreativiti  dan  tingkal  laku
          prososial  secara  insitu  di  bilik  darjah.  Teater  Forum  mempunyai  potensi
          pengkomersialan iaitu sebagai  Modul  Pengajaran  dan  Bengkel  Pedagogi  kepada
          sekolah, politeknik, IPG dan universiti.
          Kata  kunci: Teater Forum, Pendidikan Moral, Olahan Skrip, Lakonan anti-model,
                    Lakonan intervensi.



                                                                          96
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105