Page 94 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 94

Modul  Multimedia  Interaktif  Membuat  Pakaian  (MIMP)  dibangunkan  untuk
          kegunaan  guru  dalam  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  topik  membuat
          pakaian  bagi  mata  pelajaran  Sains  Rumah  Tangga  (SRT)  di  sekolah  menengah
          harian  di  Malaysia.  Aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  SRT  adalah  lebih
          berbentuk  kemahiran  amali  berbanding  teori.  Kajian  ini  bertujuan  untuk  menguji
          kesan penggunaan modul MIMP ke atas kemahiran prosedural menjahit  pakaian
          dalam  kalangan  murid  tingkatan  empat.  Rekabentuk  kajian  kuantitatif  dengan
          menggunakan  kaedah  kuasi  eksperimen  digunakan  dalam  kajian  ini.  Proses
          pengumpulan  data  pula  menggunakan  reka  bentuk  ujian  pra  dan  post.  Sampel
          kajian  seramai  73  orang  murid  SRT  tingkatan  empat  yang  telah  dipilih  secara
          rawak kelompok dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Seramai
          37 orang murid kumpulan rawatan diajar menggunakan modul MIMP manakala 36
          orang  murid  kumpulan  kawalan  pula  diajar  secara  konvensional.  Data  dianalisis
          menggunakan  ujian  SPANOVA.  Dapatan  menunjukkan  bahawa  modul  MIMP
          memberi  kesan  yang  signifikan  terhadap  kemahiran  prosedural  menjahit  dengan
          nilai  p<0.05.  Implikasi  daripada  kajian  ini  menunjukkan  bahawa  modul  MIMP
          berjaya  meningkatkan  keupayaan  kognitif  dan  psikomotor  murid  dalam
          pembelajaran  topik  membuat  pakaian.  Sebagai  kesimpulannya,  pengajaran  dan
          pembelajaran yang berasaskan multimedia mampu memberi kesan yang lebih baik
          berbanding dengan kaedah konvensional.
          Kata kunci: Modul Multimedia Interaktif, Membuat Pakaian, Kemahiran prosedural
                      menjahit, PAK-21

          VPH03

          MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELIM KABEL RANGKAIAN RJ45 T568A
            DAN T568B MENGGUNAKAN KAEDAH “NATURE LAW” BAGI PELAJAR-
              PELAJAR SEMESTER 2 SVM PROGRAM SISTEM KOMPUTER DAN
                        RANGKAIAN DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI.

                                     AZRI BIN SAID
                                  Kolej Vokasional  Miri
                      No 10, Jalan Jee Foh, Krokop, 98000 Miri, Sarawak
                                  ghazrie@hotmail.com

          Kajian  ini  dijalankan  untuk   mengatasi  masalah  yang  dihadapi  oleh  murid-murid
          Semester  2  Program  Sistem  Komputer  dan  Rangkaian  bagi  modul  KSK  2023
          Server  Sofrware  Installation  bagi   subtopik  “Cable  Crimping  and  Testing”  –
          Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian. Seramai 15 orang murid SVM
          Semester  2  Program  Sistem  Komputer  dan  Rangkaian  di  Kolej  Vokasional  Miri
          Sarawak   dan  seorang  guru  terlibat  dalam  kajian  ini.  Tinjauan  awal  telah
          dilaksanakan  melalui  ujian  pra,  ingatan  susunan  warna  bagi  kabel  T568A  dan
          T568B.  Hasil  ujian  pra  menunjukkan  kebanyakan  murid  tidak  dapat  mengingati
          susunan warna bagi kabel T568A dan T568B. Ada yang membuat susunan secara
          terbalik  dan  ramai  juga  yang  menyusun  sesuka  hati  sahaja  walaupun  proses
          “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat sebelum
          menjawab  ujian  pra.  Perancangan  tindakan  difokuskan  kepada  teknik
          meningkatkan daya ingatan melalui keadaan persekitaran manusia  – Nature Law
          (Matahari, Angin, Rumput, Tanah). Murid didedahkan kepada Nature Law selama
          120  minit  sebelum  ujian  pos  di  jalankan  dan  kajian  ini  telah  diselesaikan  dalam
          tempoh  2  minggu.  Keputusan  ujian  pos  telah  menunjukkan  peningkatan  prestasi
                                                                          90
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99