Page 90 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 90

VPG07

             KAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM ELEMEN BAHASA
                           MELAYU MELALUI TEKNIK BERMAIN

                                                     1
              SAPATOMAH @ SABTUYAH BINTI MORSHIDI , ANIS ZAHIRAH BINTI
                                                     3
                 2
          ZAMBRI , AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD AQBAL , UMMU ATHIAH BINTI MD
                                             4
                                        SOBKI
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak.
                  1                     2
                  sapatomah@ipgm.edu.my,  aniszahirahzambri02@gmail.com,
                   3
                                               4
                     humairaaisyah0211@gmail.com,  ummuthiah2@gmail.com

          Kajian  ini  dilaksana  untuk  mengaitkan  kepentingan  para  siswa  pelatih  Institut
          Pendidikan  Guru  (IPG)  mengaplikasikan  pengetahuan  kursus  EDUP3023
          Perkembangan  Kanak-kanak  dengan  bidang  pengajian  masing-masing.  Kami
          daripada  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  Perguruan  Pengajian  Bahasa  Melayu,
          mengaitkan  perkembangan  dan  pertumbuhan  kanak-kanak  memperlajari  bahasa
          serta  meningkatkan  penguasaan  kemahiran  berbahasa  mereka.  Penguasaan
          bahasa  bagi  golongan  kanak-kanak  sekolah  rendah  boleh  ditingkatkan  melalui
          Teknik Bermain, Terdapat beberapa aktiviti dalam Teknik Bermain yang melibatkan
          bahagian  linguistiks  iaitu  fonologi,  morfologi,  dan  sintaksis.  Di  antara  jenis
          permainan yang kami gunakan ialah kotak misteri. Dua orang responden  kanak-
          kanak  yang  berumur  8  tahun   terlibat  dalam  kajian  ini,  terdiri  daripada   seorang
          perempuan  dan  seorang  lelaki.  Data  kajian  telah  dikumpul  melalui  pemerhatian,
          analisis  dokumen  dan  temu  bual.  Dapatan  kajian,  menunjukkan,  respons  murid
          terhadap  teknik  yang  dijalankan  serta  dapat  melihat  kesan  yang  positif  terhadap
          perkembangan  kognitif  mereka.   Implikasi  kajian  ini,  membolehkan  guru
          memberikan lebih perhatian kepada murid serta dapat mempelbagaikan lagi aktiviti
          bersama  murid,  serta  membantu  para  siswa  pelatih  khasnya  untuk  lebih  peka
          terhadap  pelbagai  tahap  kebolehan,  dan  kemampuan  kanak-kanak  serta  boleh
          merancangkan  aktiviti  PdP  yang  sesuai.  Oleh  itu,  aplikasi  Teknik  Bermain  yang
          digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
          kanak-kanak  mencapai  perkembangan  bahasa  yang  yang  maksimum  serta
          kemahiran berkomunikasi mereka. Adalah diharapkan kajian ini dapat  membantu
          bakal  pendidik  untuk  meningkatkan  kualiti  proses  PdP  di  terutamanya  di  dalam
          pencapaian   kemahiran  berbahasa  dan  komunikasi  seorang  kanak-kanak.  Kajian
          ini telah memberi peluang kepada kami tentang penulisan kajian pertumbuhan dan
          perkembangan kanak serta mengaitkan bidang ini dengan opsyen pengajian kami,
          iaitu pengajaran Bahasa Melayu(SK).
          Kata  kunci:  Perkembangan  Kanak-Kanak,  Teknik  Bermain,  Perkembangan
                      Bahasa, Kemahiran berbahasa

          VP08

           AKTIVITI RIADAH MAMPU MENINGKATKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
                                 BERUMUR LIMA TAHUN

                                                                         2
                                1
             SYAKIRAH BINTI AZIZ , SAPATOMAH @ SABTUYAH BINTI MORSHIDI
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak.
                                                                          86
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95