Page 89 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 89
Rancangan televisyen mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat dari
semua peringkat umur. Menerusi rancangan televisyen guru boleh
mengoptimumkannya sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka kesesuaian program
televisyen cerita animasi kartun ‘Omar dan Hana’ sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Prasekolah. Kuripan data
dijalankan terhadap enem orang guru pendidikan awal kanak-kanak secara
temuduga mendalam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa cerita animasi
Omar dan Hana memenuhi keperluan huraian sukatan Pendidikan Islam
berdasarkan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan serta
mengandungi mesej nilai dan budaya yang bersesuaian dengan masyarakat di
Malaysia. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa pendekatan televisyen
adalah sesuai sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan oleh
guru. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan melalui cerita animasi berupaya menarik minat kanak-
kanak untuk belajar dan seterusnya menguasai isi pengajaran.
Kata kunci: Pengetahuan asas matematik, pertukaran unit, Fun Teaching, sekolah
rendah
VPG06
KESAN AKTIVITI FIZIKAL TERHADAP PERKEMBANGAN MOTOR DAN
KOGNITIF PADA PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
1
2
AIDA ZAFIRA BINTI ALIAS , SAPATOMAH @ SABTUYAH BINTI MORSHIDI
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak.
1 2
aidazafiraalias@gmail.com, sabmorcd@yahoo.com
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka keberkesanan aktiviti-aktiviti fizikal
terhadap perkembangan motor dan kognitif serta meningkatkan keyakinan kanak-
kanak. Ini merupakan sebuah kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis dan
McTaggart (1988). Responden adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur 6
tahun. Metodologi kajian ini ialah menggunakan analisis data kualitatif. Aktiviti
fizikal merupakan asas perkembangan dan juga dari aspek kesihatan kanak-
kanak. Pelaksanaan aktiviti fizikal, membuktikan yang responden telah
menunjukkan peningkatan dari segi keupayaan dan kebolehan. Analisis data
kualitatif daripada aktiviti-aktivit fizikal, perbualan dan pemerhatian, serta senarai
semak menunjukkan kesan peningkatan yang positif. Dapatan ini, menunjukkan
korelasi di antara aktiviti fizikal dan domain kognitif serta meningkatkan keyakinan
kanak-kanak. Kanak-kanak yang sihat akan mampu untuk belajar dan mempraktik
sikap yang positif untuk kehidupan yang sihat. Kita dapat mencegah
ketidakupayaan dan memenuhi keperluan kanak-kanak bagi mencapai
perkembangan yang holistik Implikasi kajian ini boleh memberi pendedahan
kepada individu yang terlibat secara langsung dalam pendidikan awal kanak-kanak,
ibu bapa/penjaga dan guru tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
yang positif dan secara holistiknya.
Kata kunci: Kesan Aktiviti fizikal, Perkembangan Motor dan Kognitif, Teori
Perkembangan Kanak-Kanak, Meningkatkan keyakinan kanak-
kanak
85