Page 87 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 87
Kajian Tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak
dalam aktiviti bersosial dengan melaksanakan beberapa aktiviti Kaedah Terapi
Seni. Kaedah Terapi Seni diaplikasikan dalam kajian ini bagi melihat peningkatan
keyakinan dalam diri kanak-kanak terhadap peringkat aktiviti yang dijalankan.
Seorang responden berumur 10 tahun terlibat dalam kajian ini. Data kajian telah
dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data yang
dianalisiskan dengan menggunakan rekod anekdot, senarai semak dan temu bual.
Dapatan kajian menunjukkan respons kanak-kanak terhadap kaedah yang
digunakan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan tahap
keyakinan kanak-kanak. Implikasi kajian ini, membantu guru supaya memberikan
perhatian terhadap murid serta dapat menggunakan Kaedah Terapi Seni sebagai
salah satu kaedah alternatif PdP. Selain itu, mendorong para guru untuk agar lebih
cakna terhadap aktiviti yang boleh digunakan untuk membantu dalam melahirkan
kanak-kanak yang lebih berani dan berkeyakinan
Kata kunci: Perkembangan Psikososial Kanak-Kanak, Kaedah Terapi Seni,
Keyakinan Kanak-kanak
VPG03
TEKNIK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK, MAMPU MENINGKATKAN
PENGUASAAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERUMUR 7
TAHUN
2
1
SAPATOMAH @ SABTUYAH BINTI MORSHIDI , HETI SALENIE JANICE ,
4
3
EASTER JULAN LUHAT , JOCELYN JAMES
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak.
1 2
sabmorcd@yahoo.com, hetisalenie0703@gmail.com,
4
3 ulanced@gmail.com, jocelynjames2104@gmail.com
Kajian tindakan ini dilaksana untuk membantu meningkatkan perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak mempelajari bahasa sert meningkatkan penguasaan
kemahiran komunikasi. Penguasaan bahasa bagi golongan kanak-kanak sekolah
rendah boleh ditingkatkan melalui Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP), melalui
aktiviti Penanaman Bawang”, yang melibatkan proses PdP yang terancang serta
pelbagai gaya komunikasi serta elemen-elemen bahagian linguistiks iaitu fonologi,
morfologi, dan sintaksis. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Kaedah kajian ini adalah
dengan pengumpulan data kualitatif dari pemerhatian, perbualan, rakmanan video
serta senarai semak. Analisis daripada pemerhatian, rakaman video, senarai
semak serta catatan, akan dibandingkan dengan teori perkembangan Bahasa
Vygotsky serta Teori Perkembangan Sosioemosi, Eric Erikson, untuk melihat kadar
pertumbuhan dan perkembangan, penguasaan bahasa dan komunikasi responden.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam perbendaharaan kata serta
kemahiran berkomunikasi responden. Aplikasi teknik pengajaran PBP dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak mencapai
perkembangan dan penguasaan bahasa yang maksimum serta meningkatkan
kemahiran berkomunikasi mereka. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu
para pendidik untuk meningkatkan kualiti proses PdP
serta meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi seorang kanak-kanak.
83