Page 82 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 82

VPE15

          MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SIFAT MURID TAHUN 4 MELALUI KIT
                                      MONSTER

                         MUHAMAD HAKIM BIN AZAMAN@AZMAN
                                  SK Kuala Kubu Bharu
                         44000, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
                               g-73325439@moe-dl.edu.my

          Kajian  tindakan  ini  dilaksanakan  untuk  meningkatkan  penguasaan  murid  dalam
          kata  sifat  melalui  Kit  Monster.  Kit  Monster  merupakan  satu  kit  pengajaran  dan
          pembelajaran  yang  dihasilkan  untuk  membantu  murid  menguasai  kata  sifat.
          Berdasarkan pemerhatian terhadap latihan dan aktiviti yang dilakukan  oleh murid
          tahun 4 SK Kuala Kubu Bharu dalam menjawab soalan kata sifat mendapati murid-
          murid  mempunyai  masalah  untuk  meletakkan  kata  sifat  bagi  menjelaskan  kata
          nama yang telah murid pelajari. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan sejak bulan
          Januari  hingga  bulan  April  dari  peringkat  mengenal  pasti  masalah  sehingga
          pengujian kit Monster semasa PdPC mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian
          yang  meilbatkan  10  orang  murid  tahun  4  mendapati  kit  ini  dapat  meningkatkan
          kreativiti  murid  dalam  mengenali  dan  meneroka  kata  sifat  berdasarkan  idea  dan
          olahan imaginasi kit Monster yang mereka hasilkan. Malahan Kit Monster ini turut
          menerapkan  pengamalan  pembelajaran  berpusatkan  murid.  Hasil  dapatan
          daripada ujian-pra dan ujian pasca, temu bual terbuka, dan analisis dokumen yang
          dijalankan  dalam  kalangan  murid  Tahun  4  menunjukkan  peningkatan  terhadap
          penguasaan kata sifat selepas intervensi kit Monster dijalankan. Murid-murid juga
          dapat memahami kata sifat melalui bahan pembelajaran maujud yang interaktif dan
          merangsang  deria  kanak-kanak.  Hasil  pembelajaran  mereka  juga  menunjukkan
          kepelbagaian idea seni dalam bahasa yang kreatif dan inovatif.  Kit Monster ini juga
          telah  disebarluaskan  kepada  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Arab  dan
          Bahasa Cina untuk meningkatkan penguasaan kata sifat.
          Kata  kunci:  Kit  Monster,  Kata  Sifat,  Pembelajaran  Berasaskan  Projek,  Seni
                     Bahasa, Bahan Maujud

          VPE16:
                  小 学 第 一 学 段 华 文 “ 读 → 画 → 说 → 写 ” 绘 本 写 话 教 学 模 式 初 探

             (TINJAUAN MODEL “MEMBACA→MELUKIS→BERTUTUR→MENULIS”
               DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENULISAN AYAT
              BERBANTUKAN BUKU CERITA BERGAMBAR BAGI BAHASA CINA
                                     TAHAP SATU)

                                           1
                                                                 2
                    蔡玉桂 CHUA GEOK KWEE , 李朝祥 LEE TIEW SIONG
                           Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                                 Jalan Bakam, 98000 Miri.
                      1                   2
                       cgk1228@yahoo.com,  leets2195@yahoo.com.my


          写 话 是 目 前 小 学 第 一 学 段 华 文 教 学 中 的 难 点。教 师 一 般 会 采 用 教 育 部 建 议 的 教 材 来
          进 行 教 学,教 材 内 容 虽 然 生 活 化,但 是 缺 乏 趣 味 性 , 较 难 激 发 学 生 写 话 的 欲 望 , 内 容 千
          篇 一 律 , 无 法 做 到 我 手 写 我 心。因 此,笔 者 将 在 本 文 先 分 析 绘 本 与 写 话 结 合 的 优 势,绘
                                                                          78
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87