Page 77 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 77

menggunakan  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK)  dan  mengaplikasikan
          penggunaan  Padlet dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  Bahasa  Melayu.  Kajian
          dijalankan  dengan  menggunakan  kaedah  temu  bual  dan  analisis  dokumen
          melibatkan  dua  orang  guru  Bahasa  Melayu  Tingkatan  3.  Dapatan  menunjukkan
          tahap  keupayaan  kedua-dua  responden  dalam  penggunaan  TMK  masih  dalam
          tahap  sederhana  kerana  kurang  mendapat  pendedahan  tentang  bahan  TMK.
          Responden  menggunakan  aplikasi  padlet  secara  asas iaitu  memuat  turun bahan
          dan  murid  hanya  membuat  tugasan  pada  ruangan  yang  minimum.  Ini  jelas
          menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam penggunaan
          TMK amat penting dalam merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang
          baik  dan  berkesan  di  dalam  pendidikan  dan  secara  tidak  langsung  dapat
          meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara menyeluruh.
          Kata  kunci:  Aplikasi  Padlet,  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (TMK),
                      Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Melayu, Guru

          VPE08

              PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF MENGGUNAKAN
          APLIKASI JAMBOARD DALAM MENYATAKAN PENDAPAT TENTANG BAHAN
                                    RANGSANGAN

                                     1
                     CARMELA EDWIN ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD    2
                          Institusi Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                     1                     2
                     carmelaedwin@gmail.com,  magsmks@yahoo.com.my

          Kajian  ini  dijalankan  untuk  membudayakan  pembelajaran  kolaboratif  dalam
          kalangan murid Tingkatan 5 SMK Bakun bagi menyatakan pendapat tentang bahan
          rangsangan.  Maklumat  dalam  kajian  ini  diperoleh  dengan  menggunakan  kaedah
          temu  bual  dan  hasil  daripada  temu  bual  ditranskripsikan.  Temu  bual  yang
          dijalankan  berfokuskan  kepada  isu-isu  tentang  keadaan  semasa  PDPR  yang
          dilaksanakan  di  SMK  Bakun  mengikut  pandangan  lima  orang  responden.
          Berdasarkan situasi semasa yang berlaku pada masa kini iaitu penularan wabak
          Covid-19,  sekolah  tidak  dapat  beroperasi  seperti  yang  sepatutnya.  Keadaan  ini
          telah  menyebabkan  proses  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  tidak  dapat
          dilaksanakan secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan
          Malaysia  (KPM)  telah  memperkenalkan  satu  kaedah  bagi  menggantikan  proses
          PdP  secara  bersemuka  iaitu Pengajaran dan  Pembelajaran  dari  Rumah  (PdPR).
          Selaras dengan hasrat KPM untuk terus melaksanakan PdP berlandaskan PAK-21,
          penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses PdP telah
          dilaksanakan.  Salah  satu  kaedah  yang  dapat  menggalakkan  pembelajaran
          kolaboratif  dalam  PdPR  ialah  dengan  menggunakan  aplikasi  Jamboard.
          Penggunaan  aplikasi  ini  dapat  membantu  meningkatkan  murid  bagi  mengikuti
          PdPR. Hasil daripada kajian ini telah berjaya mengintegrasikan TMK dalam proses
          pembelajaran dan pengajaran secara PDPR dan murid didapati terlibat secara aktif
          dalam menyatakan pendapat berkaitan dengan bahan rangsangan menggunakan
          aplikasi Jamboard.
          Kata kunci: Kolaboratif, PDPR, TMK, PAK-21 dan aplikasi Jamboard,



                                                                          73
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82