Page 79 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 79
Tasmik 4 Topaz, saya sangat terkejut kerana masih ada murid yang membaca Iqra
4. Perkara ini tidak patut berlaku kerana target pihak Jabatan Pelajaran adalah
murid Tahun 4 sudah pandai membaca Al Quran. Kelemahan terbesar murid masih
di tahap Iqra’ adalah kerana mudah lupa bacaan yang pernah dibaca. Tempoh
kajian dijalankan selama 2 bulan yang melibatkan penggunaan Airah Pareto. Melalui
Airah Pareto, prestasi bacaan peserta kajian dapat dipamerkan. Airah Pareto
menceritakan secara jelas strategi, pendekatan, kaedah dan teknik membaca Iqra’
4 secara ringkas tetapi memberi impak menyeluruh. Dapatan ujian pra menunjukkan
prestasi bacaan Iqra’ 4 peserta kajian tidak menentu sebelum diperkenalkan Airah
Pareto. Alhamdulillah, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan bacaan
Iqra’ terhadap peserta kajian. Ini membuktikan bahawa penggunaan Airah Pareto
dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca Iqra’ 4.
Kata kunci: pareto analisis, Airah Pareto
VPE11
TEKNIK SBKOT UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS AYAT BAGI
SOALAN MORFOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4
1
NASTASHA JOHNNY ; MAGDELINE NOR, PHD 2
Institusi Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98000 Miri Sarawak
1 2
simplenastashajohnny@gmail.com, magsmks@yahoo.com.my
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan mengkaji Teknik SBKOT untuk
menguasai kemahiran menulis ayat bagi soalan morfologi Tingkatan 4. Kajian ini
dijalankan di sebuah sekolah menengah di Sibu,Sarawak. Secara ringkas, objektif
kajian Teknik SBKOT untuk menguasai kemahiran menulis ayat bagi soalan
morfologi dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 adalah untuk membantu pelajar
mengurangkan kesalahan tatabahasa semasa membina ayat dan mengaplikasikan
Teknik SBKOT dalam menulis ayat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
sebagai metodologi kajian yang melibatkan seramai lima orang pelajar Tingkatan 4.
Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah temu bual dan analisis
dokumen. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu telah
digubal semula sejajar dengan transformasi kurikulum sekolah rendah yang mula
digunakan sejak tahun 2011. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran
berbahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran
menulis ayat bagi soalan morfologi Tingkatan 4, Teknik SBKOT diperkenalkan
kepada pelajar. Di Tingkatan 4, pelajar akan diuji soalan morfologi dalam bahagian
A kertas kedua. Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar agar mampu menulis
ayat sekurang-kurangnya dengan lengkap. Selepas Teknik SBKOT ini diajar
kepada pelajar, mereka dapat menulis ayat yang baik dan lengkap dengan
kesalahan tatabahasa yang minimun. Penambahbaikan kajian yang boleh
dilakukan adalah dari segi pengetahuan aspek tatabahasa. Pelajar perlu tahu
aspek tatabahasa dari segi golongan kata, jenis kata dan penggunaan kata agar
mereka boleh mengenal pasti jenis kata yang diminta dan mudah untuk mereka
membina ayat. Dalam kajian yang seterusnya juga perlu melihat dari sudut
kefahaman murid terhadap maksud sesuatu perkataan.
Kata kunci: Teknik SBKOT,KSSM, morfologi, kemahiran menulis, tatabahasa.
75