Page 78 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 78

VPE09

           TEKNIK TAHZIK (TAHDID- ZIKR): MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
            DAN MENULIS SUKU KATA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID
                     TAHUN 3, SK BANGINGOD, LAHAD DATU SABAH.

                                       1
                    HAJARAH MUHARAM , NURFAZHILLAH BINTI SABIT   2
                 1                             2
                  SK Bangingod, Lahad Datu, Sabah;  SK Kimanis, Papar, Sabah
                    1 XBA 3101, Peti Surat 60931, 91118, Lahad Datu, Sabah.
                 1                          2
                  ummumujahidah79@gmail.com ,  g-34253404@moe-dl.edu.my

          Kemahiran membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab adalah
          kemahiran  asas  yang  perlu  dikuasai  oleh  murid  Tahun  3 merujuk kepada  DSKP
          (SK)  2.2  dan  3.2.  Namun,  kemahiran  ini  adalah  sukar  untuk  dikuasai  tanpa
          menguasai asas mengenal huruf dan bunyi huruf. Ia merupakan satu proses yang
          sukar dan memakan masa. Kaedah asas ini adalah tidak sesuai dengan tuntutan
          pembelajaran kini semasa  pandemik,  disebabkan  masa  PdPc  bersemuka adalah
          terhad. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan kemahiran
          membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab melalui penggunaan
          Teknik TahZik (Tahdid -Zikr). Teknik ini merupakan satu proses mudah dan cepat
          untuk  mengenalpasti  (tahdid)  dan  mengingat  (Zikr)  bahawa  satu  (1)  baris  akan
          menghasilkan satu (1) bunyi dan menunjukkan satu (1) suku kata. Teknik ini juga
          dilengkapi dengan bahan bantu belajar untuk murid berbentuk mini nota. Sampel
          kajian  melibatkan  seramai  4  orang  murid  tahun  3.  Tinjauan  awal  telah  dibuat
          melalui ujian formatif dan temubual. Manakala analisis data yang digunakan dalam
          kajian ini melalui peratusan markah dan dokumen transkrip. Hasil daripada dapatan
          kajian, intervensi tersebut telah menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran
          membaca suku kata dengan betul dan jelas serta dapat menulis suku kata dalam
          perkataan,di  samping  meningkatkan  motivasi  murid  untuk  belajar  Bahasa  Arab.
          Secara kesimpulan,  kajian  ini  mampu  memberi  kesan  kepada  murid-murid  untuk
          mahir dalam membaca dan menulis suku kata dalam Bahasa Arab.
          Kata kunci: Suku kata Bahasa Arab, Teknik TahZik, kemahiran  membaca,
          kemahiran menulis

          VPE10

               AIRAH PARETO: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA IQRA’
                      4 TERHADAP 2 ORANG MURID TAHUN 4 TOPAZ

                           RAHMAWATI BINTI MOHD SHARIFF
                                SK Putrajaya Presint 5 (1),
                           Jalan P5A/5 Presint 5, 62200 Putrajaya
                                aretielove_85@yahoo.com

          Kajian  ini  bertujuan  mencari  jalan  penyelesaian  masalah  membaca  Iqra’  dalam
          kalangan murid Tahun 4 Topaz. Kajian dijalankan ke atas 2 orang murid 4 Topaz
          yang  terdiri  daripada seorang  murid lelaki  dan seorang  murid  perempuan.  Prinsip
          Pareto  yang  juga  dikenali  sebagai  aturan  80/20  digunakan  sebagai  model  kajian
          tindakan. Prinsip ini turut dikenali umpama gagasan “hanya dengan melakukan 20%
          daripada  tugasan,  maka  anda  dapat  menghasilkan  80%  manfaat  daripada
          melakukan keseluruhan tugasan”. Ketika saya mula-mula mengajar mata pelajaran
                                                                          74
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83