Page 74 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 74

langkah–langkah  tindakan  Model  Kurt  Lewin  (1946)  untuk  membantu  murid
          mengatasi  masalah  berkenaan.  Peserta  kajian  terdiri  daripada  seorang  murid
          pemulihan  Tahun  3  yang  bersekolah  di  sebuah  sekolah  kebangsaan  di  daerah
          Miri.  Manakala,  data  dikumpul  dengan  menggunakan  kaedah  pemerhatian  dan
          analisis  dokumen.  Data  pemerhatian  direkodkan  dengan  menggunakan  borang
          senarai  semak  dan  analisis  dokumen  melibatkan  penilaian  hasil  kerja  murid.
          Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran dengan menggunakan
          Teknik  Latih  Tubi  dapat  membantu  murid  pemulihan  ini  dalam  mengenal  serta
          menulis huruf m dan n dengan betul. Implikasi kajian ini menunjukukkan bahawa
          perubahan amalan pengajaran dengan menggunakan Teknik Latih Tubi memberi
          kesan yang positif terhadap murid dalam kemahiran menulis serta mengenal huruf
          m  dan  n  dengan  betul.  Dapatan  kajian  ini  juga  menunjukkan  bahawa  murid
          pemulihan dapat dibantu dalam membezakan huruf m dan n dengan betul melalui
          amalan pengajaran Teknik Latih Tubi.
          Kata  kunci:  Teknik  Latih  Tubi, kekeliruan  huruf, kemahiran  menulis,  pemulihan,
                    Model Kurt Lewin

          VPE03

           TAHAP KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID SVM TAHUN 2
             PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN PROGRAM PEMULIHAN

                                     1
                    WONG CHIEW YIEN ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD    2
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                                             1
                   2 chiewyien1987@hotmail.com,  magsmks@yahoo.com.my

          Tabiat  membaca  sering  menjadi  perbincangan  dalam  media.  Kajian  ini  memberi
          fokus  kepada  tahap  kemahiran  membaca  dalam  kalangan  murid  peringkat  Sijil
          Vokasional  Malaysia  (SVM)  Tahun  2  Program  Pengurusan  Perniagaan  dan
          Program  Pemulihan.  Punca  murid  tidak  mahir  membaca,  masalah  yang  sering
          dihadapi semasa melaksanakan kemahiran membaca dalam kelas, cara memupuk
          kemahiran  membaca  merupakan  aspek  yang  diberi  tumpuan  dalam  kajian  ini.
          Metodologi  kajian  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  ialah  kaedah  kualitatif,  iaitu
          temubual  dan  pemerhatian.  Kajian  ini  mendapati  bahawa  murid  yang  tidak
          mengamalkan amalan membaca sejak kecil merupakan punca terbesar murid tidak
          mahir membaca. Selain itu, masalah yang sering dihadapi dalam kelas ialah murid
          tidak  faham  dengan  konteks  dan  tidak  mahir  dengan  asas  suku  kata.  Amalan
          membaca  harus  dipupuk  dan  dilihat  sebagai  cara  yang  efektif  dalam  usaha
          meningkatkan  kemahiran  membaca  dalam  kalangan  murid.  Program  pemulihan
          telah dijalankan sebagai intervensi untuk menyelesaikan isu tersebut.
          Kata kunci: tabiat membaca, kemahiran membaca, SVM, Program Pemulihan

          VPE04

           KOMPETENSI GURU DAN NILAM DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN
                                         TIGA

                                          1
                      GRACE AMELDA USUN ; MAGDELINE NOR, PhD    2
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98000 Miri Sarawak
                                                                          70
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79