Page 71 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 71

Fasa  pandemik  Covid-19  telah  banyak  merubah  rutin  harian  guru  dan  memberi
          kesan  terhadap  pelaksanaan  sesi  pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc).
          Pelbagai cabaran harus dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PdPc secara atas
          talian  antaranya  penglibatan  murid  dalam  kelas  secara  virtual  sangat  kurang
          memberangsangkan Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
          keberkesanan  Google  Jamboard  dalam  membantu  guru  memotivasikan  murid
          untuk  terlibat  secara  langsung  semasa  kelas  atas  talian.  Kajian  ini  merupakan
          kajian tindakan yang memfokuskan kepada penambahbaikkan amalan pengajaran
          guru  dalam  PdPc  berpandukan  model  Stephen  Kemmis  dan  McTaggart  (1983).
          Seramai  33  orang  murid  tahap  dua  telah  dipilih  sebagai  responden  kajian.  Data
          kajian  diperolehi  melalui  pemerhatian,  borang  soal  selidik dan  analisis  dokumen.
          Data  tersebut  ditranskripsi,  dikenali  pola  untuk  meningkatkan  kebolehpercayaan
          data pelaporan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Google Jamboard dapat
          membantu  guru  memotivasikan  murid  untuk  terlibat  aktif  semasa  sesi  PdPc
          dijalankan.  Walau  bagaimanapun,  terdapat  beberapa  kekangan  yang  harus
          ditambahbaik  untuk  meningkatkan  keberkesanan  penggunaan  Google  Jamboard
          dalam kelas atas talian.
          Kata kunci: PdPc, penglibatan murid, kelas atas talian, amalan pengajaran guru

          VPD12

              PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
               DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
                               DALAM KALANGAN MURID

                                                                      2
                                           1
               NURUL JANNAH BINTI ROSLAN ; MAGDELINA ANAK NOR, PhD
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                     1 zunikaroslan5@gmail.com,  magsmks@yahoo.com.my
                                           2

          Kajian  yang  dijalankan  adalah  untuk  mengenal  pasti  penggunaan  teknologi
          maklumat  dan  komunikasi  (TMK)  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah
          (PdPr)  dalam  kalangan  murid  dan  seterusnya  memberikan  dua  cadangan  bagi
          pembudayaan  teknologi maklumat dan komunikasi  (TMK)  dalam  pengajaran dan
          pembelajaran di rumah (PdPr) dalam kalangan murid. Metodologi kajian ini adalah
          dengan  menggunakan  kaedah  pemerhatian  dan  temu  bual.  Seramai  13  orang
          murid Tingkatan 5 Kumpulan B4 di SMK Simanggang, Sri Aman menjadi kumpulan
          sasaran.  Hasil  kajian  mendapati  bahawa  seramai  10  orang  murid  yang  kurang
          yakin dalam menggunakan TMK dan seramai tiga orang murid yang kurang mahir
          dalam  menggunakan  TMK.  Seramai  11  orang  murid  yang  kurang  mendapat
          pendedahan  tentang  penggunaan  TMK.  Seramai  dua  orang  murid  tidak
          mengetahui  cara  untuk  mrngikuti  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  (PdPr)
          dalam  aplikasi  Google  Classroom.  Dua  cadangan  bagi  pembudayaan  teknologi
          maklumat  dan  komunikasi  (TMK)  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah
          (PdPr)  adalah  dengan  mengadakan  bimbingan  program  “Jom  ke  Google
          Classroom”  di  samping  bengkel  dalam  penggunaan  teknologi  maklumat  dan
          komunikasi (TMK).
          Kata kunci: Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengajaran dan
          pembelajaran di rumah (PdPr), Google Classroom, murid, pembudayaan


                                                                          67
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76