Page 68 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 68

VPD07

           PENGGUNAAN PADLET UNTUK MENGATASI MASALAH KURANG RESPON
          MURID SEMASA KELAS REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN SATU

                                                    1
             MUHAMMAD IZZAT FARIDUDDIN B OTHMAN ;  BAITY BUJENG, PhD    2
          1                                                           2
           SMK ST Columba(M), P.O.Box, 97, Jalan Dato Abang Indeh, 98009 Miri;  Institut
               Pendidikan Guru KampusSarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                 1 178-21-izzat@epembelajaran.edu.my ,  baitybujeng@yahoo.com
                                                2

          Teknologi  maklumat  dan  komunikasi  (TMK)  memainkan  peranan  penting kepada
          guru  dan  murid  semasa  pengajaran  dan  pembelajaran  di  rumah  (PdPr).  Namun
          begitu, tidak semua murid terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan
          pembelajaran  (PdP)  menyebabkan  guru  terpaksa  mencari  kaedah  lain  untuk
          memastikan  setiap  murid  memberi  respon  yang  sewajarnya  semasa  kelas
          berlangsung.  Kaedah  alternatif  digunakan  untuk  menarik  minat  murid  memberi
          respon  semasa  PdPr  dengan  menggunakan  aplikasi  Padlet  dalam  subjek  Reka
          Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi Tingkatan Satu. Kajian kes ini dijalankan untuk
          mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet ke atas respon murid semasa
          PdPr.  Kajian  ini  melibatkan  6  orang  murid  tingkatan  satu  di  sebuah  sekolah
          menengah  di  bahagian  Miri.   Data  kajian  dikumpul  dengan  menggunakan
          instrumen  pemerhatian  dan  soal  selidik.  Data  telah  dianalisis  dengan
          menggunakan kadar peratusan secara keseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan
          bahawa  penggunaan  aplikasi  Padlet  menyebabkan  pembelajaran  menjadi  aktif
          serta  menyeronokkan  dalam  aktiviti  pembelajaran.  Implikasi  kajian  menunjukkan
          penggunaan Padlet telah memberikan kesan yang lebih baik dalam proses PdPr
          RBT tingkatan satu. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi teknologi dalam proses
          PdPr  dapat  membantu  aktiviti  pembelajaran  menjadi  lebih  aktif  dan  menarik
          perhatian murid.
          Kata  kunci:  Padlet,  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi,  Reka  Bentuk  dan
                     Teknologi, Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah

           VPD08

              PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF MENGGUNAKAN
          APLIKASI JAMBOARD DALAM MENYATAKAN PENDAPAT TENTANG BAHAN
                                    RANGSANGAN

                                     1
                     CARMELA EDWIN ; MAGDELINE ANAK NOR, PhD    2
                          Institusi Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
                     1                     2
                     carmelaedwin@gmail.com,  magsmks@yahoo.com.my

          Kajian  ini  dijalankan  untuk  membudayakan  pembelajaran  kolaboratif  dalam
          kalangan murid Tingkatan 5 SMK Bakun bagi menyatakan pendapat tentang bahan
          rangsangan.  Maklumat  dalam  kajian  ini  diperoleh  dengan  menggunakan  kaedah
          temu  bual  dan  hasil  daripada  temu  bual  ditranskripsikan.  Temu  bual  yang
          dijalankan  berfokuskan  kepada  isu-isu  tentang  keadaan  semasa  PDPR  yang
          dilaksanakan  di  SMK  Bakun  mengikut  pandangan  lima  orang  responden.
          Berdasarkan situasi semasa yang berlaku pada masa kini iaitu penularan wabak
          Covid-19,  sekolah  tidak  dapat  beroperasi  seperti  yang  sepatutnya.  Keadaan  ini
                                                                          64
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73