Page 63 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 63
maklum balas guru-guru. Data dianalisis secara peratus perbandingan dan data
maklum balas respon terbuka dianalisis secara deskriptif. Tahap konsistensi guru
terhadap amalan perekodan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menunjukkan min 3.95
(sisihan piawai 0.79). sementara, tahap keampuhan guru terhadap amalan
perekodan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berada pada min 4.05 (sisihan piawai
0.73). Dapatan data ini amat bermakna untuk penambahbaikan pelaksanaann PBD
khususnya sistem perekodan yang lebih efisien. Implikasi dapatan kajian ini penting
sebagai inisiatif peningkatan kualiti pengajaran guru sejajar dengan Pendidikan
Abad ke-21.
Kata kunci: PBD, Perekodan
VPC04
AMALAN TERBAIK PENTAKSIRAN PDPR DI PRASEKOLAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
SITI SALEHA BINTI SAMSURI, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
KM 7.75, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
sitisaleha@iptho.edu.my
Kajian bertujuan untuk mengkaji amalan terbaik pelaksanaan pentaksiran
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di sebuah prasekolah Institut
Pendidikan Guru. Rekabentuk kajian ini adalah kajian kes kualitatif yang dijalankan
terhadap seorang guru prasekolah dan 5 orang ibu bapa yang terlibat dalam
pentaksiran pembelajaran murid semasa PdPR 2.0. Kaedah pengumpulan data
adalah secara temu bual menggunakan set protokol separa temu bual dan
disokong oleh data semakan dokumen. Data kajian dianalisis dalam bentuk naratif
iaitu hasil temu bual yang ditranskripsikan secara verbatim dan analisis dokumen
merangkumi semakan RPH, hasil tugasan murid dan pelaporan pentaksiran
perkembangan murid. Dapatan kajian mendapati kaedah pentaksiran
perkembangan dan kemajuan murid semasa PdPR yang dilaksanakan oleh guru
telah dikongsi bersama dengan ibu bapa. Penetapan kriteria kejayaan yang jelas
melalui amalan pemerhatian ibu bapa di rumah menggunakan senarai semak
standard prestasi yang disertakan dalam setiap aktiviti pembelajaran murid di
rumah telah mewujudkan amalan kerjasama guru dan ibu bapa dalam pentaksiran
sebagai pembelajaran. Pertimbangan profesional guru, ibu bapa dan penyelaras
prasekolah secara berfasa dilaksanakan bagi memantapkan strategi pembelajaran
murid dalam kumpulan prestasi yang hampir sama. Ini bagi memudahkan guru
merancang bahan PdPR yang sesuai dengan amalan bersesuaian perkembangan
murid semasa PdPR seterusnya dilaksanakan.
Kata kunci: Pentaksiran prasekolah, Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
(PdPR), pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as
Learning)
59