Page 62 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 62

Penularan  wabak  Covid-19  menyaksikan  perubahan  dalam  pelbagai  perkara
          termasuklah  dalam  pendidikan.  Kekuatan  teknologi  menjadi  titik  asas  kepada
          Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) sekali gus membawa kepada
          perubahan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu secara dalam talian.
          Mengendalikan PBD dalam talian semasa PdPR bukanlah sesuatu tugasan yang
          mudah  untuk  dilaksanakan  oleh  semua  guru  yang  mengajar  Bahasa  Melayu.
          Cabaran ini turut dialami oleh guru-guru di SMK St. Patrick, Mukah. Maka, kajian ini
          dijalankan  untuk  mencapai  beberapa  objektif  iaitu  mengenal  pasti  kaedah  yang
          digunakan oleh guru Tingkatan 1 dalam melaksanakan PBD secara dalam talian
          bagi  kemahiran  membaca  dan  mencadangkan  teknik  atau  kemahiran  yang
          digunakan oleh guru Tingkatan 1 dalam melaksanakan PBD secara dalam talian
          bagi  kemahiran  membaca.  3  orang  guru  telah  dipilih  sebagai  kumpulan  sasaran
          kajian  ini  dengan  menggunakan  pendekatan  temu  bual  dan  analisis  dokumen.
          Dapatan  kajian  telah  menunjukkan  penggunaan  satu  kaedah  sahaja  oleh  guru
          Bahasa Melayu Tingkatan 1 dalam melaksanakan penilaian PBD tersebut. Apabila
          penilaian PBD dilaksanakan dalam talian, beberapa masalah telah timbul. Pengkaji
          telah  mengambil  langkah  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi  dengan
          menambahkan kaedah pelaksanaan PBD bagi kemahiran membaca secara dalam
          talian bagi dua buah kelas yang diajar. Penggunaan teknologi dimanfaatkan iaitu
          dengan menggunakan aplikasi Tik Tok. Hasil dapatan penggunaan aplikasi Tik Tok
          dalam menguji PBD kemahiran membaca murid telah menunjukkan maklum balas
          yang  positif  daripada  murid.  Pengkaji  memberi  cadangan  untuk  mengadakan
          pertandingan  Hashtag  Syoknya  Membaca  Berita  dengan  masih  menggunakan
          aplikasi yang sama.
          Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), Pentaksiran Bilik
                    Darjah, kemahiran membaca, kaedah

          VPC03

            MENILAI TAHAP KONSISTENSI DAN KEAMPUHAN TERHADAP AMALAN
            PEREKODAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM KALANGAN
                     GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG
                                                    2
                                  1
          MOHAMAD ASRI BIN AYOB ,CHIANG WEI LUAN , WAN NORASYIDAH BINTI
                                          3
                      MEOR MOHD AFFANDI , ANUAR BIN MD. AMIN   4
                             Pejabat Pendidikan Daerah Klang
                             Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.
                               2 chiang.wei.luan@gmail.com

          Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap konsistensi  dan keampuhan  terhadap
          perekodan   Pentaksiran   Bilik  Darjah  (PBD).  Menilai  tahap  kesediaan  merujuk
          kepada  ketekalan  pematuhan  terhadap  arahan  terhadap  pelaksanaan  PBD.
          Sementara,  keampuhan  menjelaskan  tentang  sejauhmana  keberkesanan
          pelaksanaan  PBD  melalui  sistem  perekodan  yang  dilaksanakan.   Seramai  100
          orang penyelaras dan guru yang terpilih telah memberi respon soal selidik.  Kajian
          ini  dijalankan  dengan  menggunakan  reka  bentuk  ‘Pendekatan  Kaedah  Kajian
          Gabungan  Penjelasan  Berurutan’  (Sequential  Explanatory  Design).   iaitu  secara
          kuantitatif  (Kaedah  Tinjauan)  dan  diikuti  dengan  kajian  kualitatif  iaitu  temu  bual
          (Kaedah respon terbuka) Instrumen soal selidik skala Likert yang terdiri daripada
          dua  aspek  tahap  konsistensi  dan  keampuhan.   Kajian  ini  turut  menggunakan
          kaedah  temu  bual  respon  terbuka  (Unobstrusive  measurements)  untuk  melihat
                                                                          58
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67