Page 66 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 66
VPD04
6C: PEMBELAJARAN BERMAKNA DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
2
1
TAN YOONG MING ; HU LAEY NEE, PhD
1 SJK(C) Manong, No. 1, Jalan Besar, 33800 Manong, Perak; Institut Pendidikan
2
Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.
1 2
tanyoongming@yahoo.com, huln1234@gmail.com
Perkembangan pendidikan dunia pada abad ke-21 semakin pesat dan mencabar.
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) banyak dititikberatkan bagi meningkatkan
kualiti pendidikan negara. Pembelajaran bermakna ialah satu proses untuk
mencapai hasil pembelajaran iaitu kompetensi global komunikasi, kolaborasi,
pemikiran kritis, pemikiran kreatif, perwatakan dan kenegaraan (6C). Kemahiran 6C
sangat penting sepanjang proses pembelajaran dengan memastikan pembelajaran
yang optimum dan berkesan. Kertas konsep ini membincangkan kemahiran 6C
dengan jelas dari segi definisi dan strategi untuk menerapkan kemahiran 6C
terhadap PdP Matematik sekolah rendah melalui beberapa jenis pedagogi dan
sumber. Antara strategi yang dibincangkan dalam kertas konsep ini adalah
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan Inkuiri, pelbagai masalah
matematik, teknik penyoalan, sumber digital, alat berfikir dalam Matematik,
penggunaan bahan manipulatif dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
Pembelajaran bermakna dengan melalui strategi ini, diharapkan kemahiran 6C
dapat diterapkan dan akhirnya melibatkan murid secara aktif semasa proses PdP
Matematik serta mengimbangi permintaan dunia global di masa depan.
Kata kunci: 6C, Matematik, Pembelajaran Abad ke-21, pembelajaran bermakna
VPD05
ADAKAH ANDA FIKIR MATEMATIK ITU SUSAH? 3 BULAN MATEMATIK
SEBELUM SPM FASA PANDEMIK COVID19, 2020: SATU KAJIAN KES
HU LAEY NEE, PhD
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak
huln1234@gmail.com
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Matematik merupakan mata pelajaran
teras yang dilalui oleh semua murid yang mengikuti Sistem Pendidikan
Kebangsaan. Mata pelajaran Matematik wajib diambil oleh murid sejak dari awal
persekolahan sehingga Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun
begitu, kelemahan dalam penguasaan kemahiran Matematik merencatkan bukan
sahaja potensi markah pelajar, tetapi juga minat yang mendalam terhadap mata
pelajaran Matematik. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini telah dilaksanakan
selama tiga bulan untuk mengenal pasti penguasaan pelajar dalam mata pelajaran
Matematik SPM dengan bantuan kaedah pembelajaran berfokus. Peserta dalam
kajian ini adalah seorang pelajar Tingkatan 5 yang menduduki Peperiksaan SPM
tahun 2020. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data bagi kajian ini
adalah dokumen, pemerhatian dan temu bual. Kajian ini juga mengambil kira
keputusan gred markah Matematik peserta dalam UPSR, PT3 dan Peperiksaan
Percubaan SPM 2020 di sekolah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pelajar
62