Page 64 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 64

VPD: Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

          VPD01

            EFIKASI KENDIRI PELAJAR: TEORI, SUMBER EFIKASI, EFIKASI DALAM
             PEMBELAJARAN SAINS, & PERBEZAAN EFIKASI KENDIRI MENGIKUT
                                       JANTINA

                                NORLIZAWATY BAHARIN
                             Sekolah Seri Puteri Persiaran Tasik
                                63000 Cyberjaya, Selangor
                               norlizawaty@seriputeri.edu.my

          Efikasi  kendiri  merupakan  faktor  penting  bagi  memastikan  keberhasilan  dan
          pencapaian  pelajar  di  sekolah  dan  pelbagai  institusi.  Artikel  ini  bertujuan  untuk
          membincangkan  mengenai  teori  efikasi  kendiri,  sumber-sumbernya,  serta
          perbezaan efikasi kendiri mengikut jantina. Kaedah kajian dibuat dengan merujuk
          dan merumuskan kajian-kajian lepas berkaitan efikasi kendiri. Teori efikasi kendiri
          menyatakan bahawa Efikasi kendiri merupakan kepercayaan seseorang terhadap
          keupayaannya untuk mencapai tahap prestasi yang ditentukan. Efikasi kendiri atau
          kepercayaan  pelajar  terhadap  keupayaan  mereka  untuk  melaksanakan  tindakan
          pada  tahap  yang  diimpikan  memberikan  kesan  terhadap  motivasi  dan
          pembelajaran.  Terdapat  empat  sumber  efikasi  kendiri  iaitu  pengalaman
          penguasaan,  pengalaman  vikarius,  pujukan  sosial  serta  keadaan  emosi  dan
          fisiologi.  Pengalaman  penguasaan  merupakan  kaedah  paling  efektif  dalam
          menghasilkan  kepercayaan  efikasi  kendiri  yang  kuat.  Pengalaman  penguasaan
          diperoleh  apabila  pelajar  selesai  menyiapkan  tugasan  akademik  yang  diberikan
          dan telah mencapai matlamat yang  ditetapkan.  Pengalaman vikarius iaitu model
          sosial  atau  pengalaman  yang  dilalui  melalui  pemerhatian  terhadap  orang  lain.
          Faktor  pujukan  sosial  pula  boleh  menggalakkan  efikasi  kendiri  dan  mendorong
          seseorang untuk menunjukkan usaha yang terbaik. Manakala keadaan fisiologi dan
          emosi juga oleh mempengaruhi efikasi kendiri. Kajian ini mendapati efikasi kendiri
          pelajar  dalam  pembelajaran  sains  adalah  penting  bagi  memastikan  pencapaian
          yang diharapkan serta memastikan enrolmen pelajar dalam bidang STEM. Efikasi
          kendiri  juga  didapati  boleh  mempengaruhi  motivasi  dalam  pembelajaran,
          meningkatkan  prestasi  serta  pencapaian  pelajar.  Kesimpulannya,  efikasi  kendiri
          adalah penting untuk diterapkan dalam kalangan pelajar bagi memastikan pelajar
          mencapai tahap prestasi yang terbaik.
          Kata  kunci:  Efikasi  Kendiri,  Teori  Efikasi  Kendiri,  Sumber  Efikasi  Kendiri,
                      Kepercayaan Diri, Pencapaian Pelajar

          VPD02

              PENGGUNAAN KAEDAH “BEST FRIEND” DALAM MENINGKATKAN
              PENGUASAAN DAN MINAT MURID TAHUN 4 DALAM SUBJEK SAINS
                                 SHIRLEY VOO PIT FUN
                                    SJK(C) Pai Wen
                             Peti Surat 9, 89307 Ranau, Sabah
                                 bifen.shirley@gmail.com

                                                                          60
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69