Page 69 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 69

telah  menyebabkan  proses  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  tidak  dapat
          dilaksanakan secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan
          Malaysia  (KPM)  telah  memperkenalkan  satu  kaedah  bagi  menggantikan  proses
          PdP  secara  bersemuka  iaitu Pengajaran dan  Pembelajaran  dari  Rumah  (PdPR).
          Selaras dengan hasrat KPM untuk terus melaksanakan PdP berlandaskan PAK-21,
          penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses  PdP telah
          dilaksanakan.  Salah  satu  kaedah  yang  dapat  menggalakkan  pembelajaran
          kolaboratif  dalam  PdPR  ialah  dengan  menggunakan  aplikasi  Jamboard.
          Penggunaan  aplikasi  ini  dapat  membantu  meningkatkan  murid  bagi  mengikuti
          PdPR. Hasil daripada kajian ini telah berjaya mengintegrasikan TMK dalam proses
          pembelajaran dan pengajaran secara PDPR dan murid didapati terlibat secara aktif
          dalam menyatakan pendapat berkaitan dengan bahan rangsangan menggunakan
          aplikasi Jamboard.
          Kata kunci: Kolaboratif, PDPR, TMK, PAK-21 dan aplikasi Jamboard,

          VPD09

          PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BUKU ‘INTRODUCTION TO
            ENGINEERING MATHEMATICS FOR POLYTECHNIC STUDENTS’ DALAM
           PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

            1                          2                     3
             NORSUZANA BINTI ZAKARIA,  NADZIRAH BINTI RASDI,  NORHAFIZAH
                                     BINTI ARSHAD
                                                              2
            1,3  Politeknik Sultan Idris Shah, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor;  Kolej Komuniti
                  Taiping, No. 25 Laluan Kamunting 3, 34600 Kamunting, Perak
                                          2
                    1  norsuzana@psis.edu.my, nadzirah@kktaiping.edu.my,
                               3
                                hafizah_arshad@psis.edu.my

          Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan buku
          Introduction  to  Engineering  Mathematics  for  Polytechnic  Students  dalam
          pengajaran dan pembelajaran. Buku yang dihasilkan ini berperanan sebagai bahan
          rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar serta digunakan sepenuhnya dalam
          proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  kursus  Engineering  Mathematics  1
          (DBM10013).  Tinjauan  telah  dijalankan  ke  atas  135  orang  pelajar  Semester  1
          jurusan  Diploma  Kejuruteraan  Awam  (DKA),  Diploma  Kejuruteraan  Elektronik
          Komunikasi (DEP), Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK) dan Diploma
          Alam  Sekitar  (DAS)  bagi  Sesi  Dis  2020  di  Politeknik  Sultan  Idris  Shah.  Kajian
          tinjuan  ini  dijalankan  secara  kuantitatif  dengan  menggunakan  soal  selidik.  Skala
          Likert  1  hingga  4  digunakan  sebagai  instrumen  kajian.  Data  dianalisis  merujuk
          kepada skor min yang diperolehi bagi setiap item penilaian di dalam soal selidik.
          Dapatan  kajian  telah  menunjukkan  pencapaian  skor  min  pada  tahap  yang  tinggi
          terhadap  semua  item  penilaian  di  dalam  soal  selidik.  Skor  min  yang  diperolehi
          adalah di antara 3.62 hingga 3.82. Dapatan ini membuktikan penghasilan buku ini
          telah  memberikan  impak  dan  implikasi  yang  positif  kepada  pelajar  dari  segi
          kesesuaian isi kandungan, mudah untuk digunakan sebagai bahan rujukan utama
          pembelajaran di samping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep
          matematik  yang  dipelajari.  Dapat  disimpulkan  bahawa  secara  keseluruhannya
          persepsi  pelajar  terhadap  penggunaan  buku  Introduction  to  Engineering
          Mathematics  for  Polytechnic  Students  adalah  sangat  positif  dan  dilihat  sebagai
          bahan  rujukan  utama  di  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dapat

                                                                          65
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74