Page 72 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 72
VPD13
PEMIKIRAN ALGORITMIK PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH
PENDIDIKAN
1 2 3
TRACY ANAK MENSAN, KAMISAH OSMAN, NAZATUL AINI ABDUL MAJID
1 2,3
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 98000 Miri, Sarawak; Universiti
Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
1 tracymensan@gmail.com
Pemikiran komputasional atau computational thinking (CT) merupakan corak
pemikiran abad ke-21 yang dilihat sama penting seperti kemahiran 3M (menulis,
membaca dan mengira). Empat konsep utama pemikiran komputasional yang telah
mula diterapkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2017 ialah leraian,
peniskalaan, pengecaman corak dan pemikiran algoritmik. Penerapan CT merentas
mata pelajaran adalah sebagai aspirasi kepada pembentukan generasi pewaris
yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat global. Penerapan CT ini
dilaksanakan melalui kursus-kursus dalam latihan perguruan di Institut Pendidikan
Guru. Kajian awal ke atas guru pelatih menunjukkan tahap pengetahuan yang
rendah walaupun CT telah diperkenalkan sejak tahun 2017. Oleh itu, kajian
berbentuk kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan dan
pengaplikasian salah satu konsep CT iaitu pemikiran algoritmik dalam pelaksanaan
kerja kursus Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPG
Kampus Sarawak. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sepuluh
tugasan pelajar yang mengikuti kursus Psikologi Pendidikan dipilih sebagai
instrumen kajian. Soalan tugasan dan rubrik pemarkahan untuk kursus tersebut
telah mendapat kesahan dan kebolehpercayaan daripada pakar bidang dan
Pemeriksa Dalam (PD) di institusi ini. Dapatan kajian membuktikan pelajar PDPP
dapat menguasai dan mengaplikasikan CT dalam penulisan kerja kursus. Hal ini
kerana pelajar berupaya membina carta alir yang bersesuaian sebagai visual yang
membimbing dalam huraian langkah demi langkah penyelesaian masalah bagi
persoalan tugasan yang dikemukakan. Kajian turut mendapati huraian penulisan
tugasan kerja kursus dapat dinilai pada tahap 4, iaitu cemerlang dengan berupaya
menghubungkaitkan masalah pembelajaran dan teori pembelajaran dengan baik,
serta berjaya menerangkan dengan jelas dan tepat kaedah atau teknik yang
digunakan untuk meningkatkan motivasi dan membantu pelajar dalam pencapaian
akademik. Kajian ini memberikan implikasi terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia yang sentiasa berhasrat melahirkan para pelajar yang selari dengan
perkembangan global terutamanya dari segi corak pemikiran agar setanding
dengan pelajar dari negara-negara maju di dunia.
Kata kunci: Pemikiran komputasional, Pemikiran Algoritmik, Guru Pascasiswazah
68