Page 70 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 70

membantu meningkatkan kefahaman pelajar bagi kursus Engineering Mathematics
          1 (DBM10013).
          Kata  kunci:  Buku  Introduction  to  Engineering  Mathematics  for  Polytechnic
                     Students, Engineering Mathematics 1, Persepsi pelajar.

          VPD10

            MERANGSANG INGATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) DALAM
                     PEMBELAJARAN PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN
                      MAKANAN MENGGUNAKAN APLIKASI TIK TOK

                         NUR HUFAIDAH BINTI MOHD NAJAMUDIN
                          SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura
                          Sisiran Indahpura 36/6,  81000 Kulai, Johor
                                  hufaidah81@gmail.com

           “Skill  for  living,  towards  excellent  future”  adalah  visi  sekolah  dalam  usaha
          melahirkan  murid  yang  berkemahiran  dan  berketerampilan.  Berikutan  proses
          pembelajaran  di  sekolah  ditangguhkan  akibat  pandemik  Covid  19,  maka  suatu
          kaedah  pembelajaran  diketengahkan  untuk  memastikan  pembelajaran  murid  di
          rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mencapai tahap
          maksimum.  Kajian  ini  bertujuan  untuk  menambah  baik  amalan  saya  dalam
          Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid berkeperluan khas
          (MBK) bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan dengan menggunakan
          aplikasi  Tik  Tok  bagi  merangsang  ingatan  mereka.  Kajian  ini  dijalankan  dengan
          menggunakan rekabentuk kajian deskriptif dan kualitatif yang melibatkan kumpulan
          sasaran seramai 7 orang murid kelas 5PPMA yang merupakan pelatih bagi Kursus
          Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Kajian ini dilaksanakan dengan berkongsi
          kepada  murid  video  Tik  Tok  bagi  bahan  pembelajaran  dengan  menggabungkan
          unsur  gaya  atau  isyarat  khas  bagi  memudahkan  murid  mengingati  fakta
          pembelajaran  yang  disampaikan  oleh  guru.  Dapatan  kajian  mendapati  aktiviti
          pembelajaran  menggunakan  aplikasi  Tik  Tok  telah  menambahbaik  amalan  saya
          dalam  PdPR  dan  merangsang  murid  mengingati  fakta  pembelajaran  malahan
          menjadikan  murid  lebih  kreatif  dalam  mengolah  idea  bagi  penghasilan  video  Tik
          Tok  pembelajaran  mereka  sendiri.  Melalui  kajian  ini  telah  dikenalpasti
          pembelajaran menggunakan aplikasi Tik Tok dapat merangsang ingatan murid dan
          membantu  guru  memahami  proses  pelaksanaan  kajian  tindakan  secara
          keseluruhannya.
          Kata kunci: aplikasi Tik Tok, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

          VPD11

                GOOGLE JAMBOARD: SATU ALTERNATIF PENGAJARAN DAN
                        PEMUDAHCARAAN SECARA ATAS TALIAN

                                     YAZID BIN ISA
                                   SK Kampung Beraya
                    D/A Pejabat Pendidikan Daerah Miri, 98000 Miri, Sarawak
                               g-59294879@moe-dl.edu.my


                                                                          66
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75