Page 67 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 67

yang agak lemah dalam Matematik sejak peringkat awal persekolahan juga boleh
          mencapai   keputusan   Cemerlang   dalam   Matematik   SPM.   Pendekatan
          Pembelajaran yang berfokus boleh membantu peserta memahami soalan dengan
          mudah,  mengurangkan  kekeliruan,  meningkatkan  pemahaman  konsep  dan
          pengiraan  yang  tepat.  Pendekatan  Pembelajaran  berfokus  ini  secara  langsung
          telah  meningkatkan  keyakinan,  minat,  ingatan  dan  fokus  peserta  dalam
          mempelajari mata pelajaran Matematik.
          Kata kunci:  Matematik SPM, pembelajaran berfokus, pencapaian

          VPD06

          KESEDIAAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT PSIS TERHADAP
            PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (PdPDT)
                    BAGI KURSUS DISCRETE MATHEMATICS (DBM20083)

           1 NORHAFIZAH BINTI ARSHAD,  NOOR IZNA SYAZWANA BINTI MOHAMAD
                                      2
                                   3
                            YUSOP,  AHMAD ZAFIR BIN LATIB
                                Politeknik Sultan Idris Shah,
                           45100 Sg. Air Tawar, Selangor, Malaysia
                     1
                                              2
                      hafizah_arshad@psis.edu.my, iznayusop@psis.edu.my
                                 3
                                   zafir_latib@psis.edu.my

          Pandemik Covid-19 telah membawa norma baru dalam sistem pendidikan. Kaedah
          pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka telah lama diperkenalkan
          sehingga pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (PdPDT) diperluaskan
          mengikut keadaan pandemik semasa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau
          kesediaan  pelajar  Diploma  Teknologi  Maklumat,  Politeknik  Sultan  Idris  Shah
          terhadap PdPDT bagi kursus Discrete Mathematics (DBM 20083). Kajian tinjuan ini
          dijalankan  secara  kuantitatif  dengan  menggunakan  borang  soal  selidik  melalui
          google form berformat Skala Likert 1 hingga 5 sebagai instrumen kajian. Sampel
          kajian  telah  dijalankan  ke  atas  50  orang  pelajar  semester  2  daripada  Jabatan
          Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi,  jurusan  Diploma  Teknologi  Maklumat  di
          Politeknik  Sultan  Idris  Shah.  Data  dianalisis  merujuk  kepada  skor  min  yang
          diperolehi  bagi  setiap  item  penilaian  di  dalam  soal  selidik.  Dapatan  kajian  telah
          menunjukkan skor min adalah di antara 4.14 hingga 4.78 pada tahap yang tinggi
          terhadap  semua  item  penilaian  di  dalam  soal  selidik.  Dapatan  ini  membuktikan
          bahawa  pelajar  telah  bersedia  dari  semua  aspek  antaranya  pengetahuan  &
          kemahiran  dalam  teknologi  terkini,  kemudahan  gajet  komputer  &  akses  internet,
          serta sikap  dan  motivasi  diri terhadap  PdPDT.  Selain itu, kajian  tinjauan  ini  juga
          dijalankan  secara  kualitatif  dengan  menemubual  2  orang  pensyarah  matematik
          yang  mengajar  Discrete  Mathematics.  Hasil  temubual  mendapati  bahawa
          pensyarah  juga  telah  bersedia  terhadap  PdPDT  dengan  pelbagai  pendekatan
          kaedah  pengajaran  untuk  menarik  minat  pelajar  dan  dapat  meningkatkan
          kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Discrete Mathematics (DBM 20083).
          Kata kunci: Covid-19, Pengajaran dan Pembelajaran Secara Atas Talian (PdPDT),
                      Discrete Mathematics, Kesediaan pelajar A28:





                                                                          63
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72