Page 65 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 65

Murid  bumiputera  menghadapi  masalah  bahasa  pengantar  dalam  pembelajaran
          subjek  sains  di  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina.  Bahasa  Cina  bukan  bahasa
          ibunda  atau  bahasa  komunikasi  harian  mereka  telah  menyebabkan  murid
          menghadapi  kesukaran  dalam memahami  konsep dan  isi  kandungan  pengajaran
          sains. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian dan minat
          murid Tahun 4 dengan menggunakan kaedah “Best Friend” dalam tajuk pernafasan
          dan perkumuhan manusia. Kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada enam
          orang  murid  Tahun  4  yang  mempunyai  pencapaian  yang  rendah  dalam  subjek
          Sains.  Kaedah  “Best  Friend”  yang  mengabungkan  penggunaan  gambar  visual,
          bacaan istilah sains dalam bahasa cina (hànyŭ pīnyīn) dan aktiviti  hands on yang
          dapat  melibatkan  murid  secara  aktif  dalam  pembelajaran.  Kaedah  pengumpulan
          data untuk kajian ini adalah ujian pra dan  ujian pos, pemerhatian dan soal selidik.
          Analisis  data  pencapaian,  pemerhatian  dan  soal  selidik  murid  dalam  kajian  ini
          menunjukkan  kaedah  “Best  Friend”  dapat  meningkatkan  tahap  penguasaan  dan
          minat murid dalam tajuk pernafasan dan perkumuhan manusia.
          Kata kunci: Kaedah “Best Friend”, Murid bumiputera, Penguasaan, Minat, Tahun 4,
                    Sains

          VPD03

             MENERAPKAN ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK) PENDIDIKAN
             KEWANGAN DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN
                   PELAJAR 4 ST 1 BAGI MATA PELAJARAN SAINS KSSM

                            ABDUL RAZAK BIN ABDUL WAHAB
                                    SMK Seri Gading
                            83300 Sri Gading, Batu Pahat, Johor
                                 arazak_82@yahoo.com

          Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam merupakan salah satu bab baharu
          yang diperkenalkan dalam silibus mata pelajaran Sains Tingkatan 4 KSSM. Dalam
          bab ini, para pelajar didedahkan dengan topik-topik yang berkaitan dengan maksud
          Teknologi Hijau, sektor-sektor dalam Teknologi Hijau dan aplikasi Teknologi Hijau
          dalam  kehidupan  harian.  Salah  satu  sektor  dalam  Teknologi  Hijau  ialah  sektor
          Pengurusan  Sisa  dan  Air  Sisa.  Kajian  tindakan  ini  dijalankan  untuk
          mempelbagaikan aktiviti pembelajaran sains secara hands-on di dalam bilik darjah
          dengan  penerapan  Elemen  Merentas  Kurikulum  (EMK)  Pendidikan  Kewangan.
          Guru telah menjalankan ujian pra – ujian pasca dan pemerhatian ke atas 31 orang
          pelajar  Tingkatan  4  ST  1  dalam  aktiviti  pembelajaran  membina  penapis  air  sisa
          ringkas menggunakan GT Money. Kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman
          dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan dalam topik Sektor Pengurusan
          Sisa  dan  Air  Sisa  telah  meningkat.  Aktiviti  pembelajaran  sains  secara  hands-on
          telah  berjaya  menggalakkan  pelajar  berfikir  secara  kritis,  berkolaboratif  dan
          berkomunikasi  dalam  kumpulan.  Penggunaan  GT  Money  telah  menarik  minat
          pelajar dan pelajar bijak mengurus kewangan untuk mengamalkan penjimatan kos
          dan mengehadkan penggunaan sumber semula jadi semasa membina penapis air
          sisa ringkas.



                                                                          61
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70