Page 61 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 61

Kesimpulannya, melalui keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan
          aplikasi TMK dalam kalangan siswa pendidik untuk kegunaan PdPc adalah baik.
          Kata  kunci:  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi,  Institut  Pendidikan  Guru,
                     Praktikum, Siswa Pendidik

          VPC: Bidang Pentaksiran Pendidikan

          VPC01

          MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI PENCAPAIAN IQRA DAN AL-QURAN
                DALAM SUASANA PDPR DENGAN KAEDAH INTERVENSI BAGI
                MENINGKATKAN PENCAPAIAN BACAAN MURID DI SEKOLAH
                              KEBANGSAAN NANGA TUTUS

                         MUHAMMAD AMIRUL IZWAN BIN HUSSIN
                                    SK Nanga Tutus
           D/A Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Tingkat 6, Wisma Persekutuan Blok 3, Lot
                           462, Brooke Drive, 96000 Sibu Sarawak
                               Amirulizwan1695@gmail.com

          Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)
          merupakan  pengalaman  yang  agak  mencabar  bagi  yang  tidak  pernah  mengajar
          secara  dalam  talian.  Keadaan  infrastruktur  serba  kekurangan  menjadi  kekangan
          penglibatan pelajar dalam kelas secara atas talian. Malahan, berlaku kemerosotan
          pencapaian  bacaan  iqra  dan  al-Quran  dalam  kalangan  pelajar  tahun  1  dan  4.
          Demikian itu,  objektif  kajian bagi  meningkatkan  tahap  kualiti  bacaan iqra  dan  al-
          Quran  dengan  mengadakan  program  intervensi  berfokus  literasi  al-Quran  dan
          memberi  inisiatif  kepada  murid  untuk  meningkatkan  tahap  bacaan  dengan  guru
          tasmik  yang  berbeza  serta  dapat  meluangkan  masa  membaca  al-Quran  secara
          maya.  Hasil  dapatan  kajian  dianalisis  secara  kualitatif,  berdasarkan  data
          pemerhatian didapati segelintir pelajar tidak dapat melibatkan diri bagi meneruskan
          pembelajaran  atas  talian.  Malahan,  kekurangan  peranti  dan  masalah  capaian
          Internet  semasa  PdP  secara  atas  talian  terutamanya  ketika  PKP  menjadi
          penghalang  penglibatan  pelajar.  Hasil  intervensi  menunjukkan  peningkatan
          penyertaan  dan  pencapaian  murid  dalam  bacaan.  Cadangan  kajian  tindakan
          seterusnya  adalah  berkaitan  isu  tahap  kemerosotan  penguasaan  ilmu  tajwid
          semasa  membaca  al-Quran  dalam  kalangan  pelajar.  Kajian  perlu  dijalankan
          memandangkan  pengajaran  dan  pembelajaran  dijalakan  secara  tidak  bersemuka
          hanya  ICT  yang  menjadi  penghubungpembelajaran  maya  bagi  meningkatkan
          kebolehan pelajar dalam ilmu tajwid.
          Kata kunci: Al-quran, Iqra’, Intervensi, PdPr, Tajwid.

          VPC02

          KEBOLEHLAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DALAM TALIAN
            BAGI KEMAHIRAN MEMBACA TINGKATAN 1 SMK ST. PATRICK, MUKAH

                         ANNATASHIA QACUELYNA BINTI RAUBI
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri Sarawak,
                         158-21-annatashia@epembelajaran.edu.my
                                                                          57
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66