Page 56 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 56
Penularan virus Covid-19 telah mengongcang seluruh dunia dan mengubah cara
hidup manusia. Manusia disekat pergerakan, terpaksa dikurung di dalam rumah
untuk mneyekat jangkitan virus dan ianya telah membawa perubahan yang drastik
dalam sistem pendidikan Negara kita. Warga pendidik telah mengharungi
kebiasaan baharu (the new norm) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran(PdP) dengan pelbagai cara dan kaedah agak pengajaran dan
pembelajaran di rumah(PdPR) dapat diteruskan. Pengkaji telah memilih Google
Classroom (GC) sebagai salah satu pelantar untuk pendekatan pembelajaran
digital yang tersedia dengan percuma. Tujuan artikel ini adalah melaporkan
keseluruhan pengalaman menggunakan GC untuk subjek Teknologi dan Media
Pengajaran yang ditawarkan untuk pelajar Program Diploma Pasca Siswazah
(PDPP) Ambilan Jun 2020 opsyen Matematik yang sedang berada di Tahun1
Semester 2. Melalui artikel ini, sebab-sebab penggunaan GC, bagaimana
menggunakan GC untuk pentaksiran dan penilaian, keberkesanan dan batasan
serta suara pelajar dibincangkan. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan bahawa
responden sangat positif terhadap penggunaan dan penerimaan GC sebagai media
PdP. Malah, dapatan temubual turut menunjukkan responden sangat positif
terhadap penerimaan GC. Justeru, GC sesuai dijadikan sabagai satu alat digital
dalam e-pembelajaran dan memenuhi tuntutan pembelajaran bermakna yang
merupakan cabang dalam transformasi pendidikan TS25.
Kata kunci: Google Classroom, PdPR, PKP, pelajar PDPP
VPB12
TAHAP AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DALAM
KALANGAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH
DAERAH RANAU SABAH
2
3
1
PAULINIA @ LIJA BINTI TANIN , ANNILIN APAT , HAYATI OMAR , NORMAN
4
SANI , MOHD. ASRAN HJ AMISAH 5
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Km 15, Jalan Tuaran, 88450, Kota Kinabalu, Sabah
1 2 3
paulinia@iab.edu.my, annilin@iab.edu.my, norman@iab.edu.my,
4 5
hayati_omar@iab.edu.my, mohdasran@iab.edu.my
Kajian ini adalah berkaitan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP)
penolong-penolong kanan kokurikulum daerah Ranau, Sabah dengan memberi
tumupan kepada lima dimensi utama iaitu Dimensi Perkongsian Kepemimpinan,
nilai dan visi yang dikongsi bersama, pembelajaran kolektif dan aplikasi,
perkongsian amalan peribadi, persekitaran menyokong (hubungan) dan
persekitaran menyokong(struktur). Tujuan kajian ini untuk melihat tahap amalan
para penolong kanan kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada 33 orang guru
penolong kanan kokurikulum. Instrumen dalam kajian ini merangkumi sebahagian
daripada soal selidik yang diubahsuai daripada instrument Professional Learning
Community Assessment (PLCA) oleh Olivier, Hipp & Huffman,2003. Dapatan
kajian ini mendapati dimensi kepimpinan dan nilai dan visi dikongsi bersama
berada pada tahap tinggi. Sementara amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi,
perkongsian amalan peribadi dan amalan persekitaran menyokong hubungan dan
struktur berada pada tahap sederhana.
Kata kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional.
52