Page 53 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 53

VPB07

            KEBERKESANAN PENGURUSAN ASRAMA DAN KEMENJADIAN MURID
           SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR: KAJIAN KES DI DAERAH RANAU

                                                               3
                          1
                                         2
           MAJUS MUNSING ; SANDY KARIKI ; LOSIUS GOLIONG, PhD ; MARCELUS
                                     JOHNNY, EdD 4
                             Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
                          Beg Berkunci No. 8, 89300 Ranau, Sabah
           1                         2                   3
            majus.munsing@moe.gov.my;  skgerald08@gmail.com;  losius21@gmail.com;
                                4
                                 marc2006mm@gmail.com

          Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengurusan asrama dan
          kemenjadian murid dalam konteks pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah
          menengah  luar  bandar  di  daerah  Ranau.  Sampel  kajian  melibatkan  dua  sekolah
          menengah  iaitu  SMK  Bundu  Tuhan  dan  SMK  Timbua,  Ranau.  Kajian  kuantitatif
          berbentuk  deskriptif  dan  kualitatif  dijalankan  bagi  mengenal  pasti  keberkesanan
          pengurusan  asrama  terhadap  kemenjadian  murid.  Data-data  akademik  dan  ko-
          kurikulum  diperoleh  dengan  menggunakan  instrumen  borang  maklumat,  tinjauan
          dan  semakan  dokumen.  Data  dan  maklumat  yang  diperoleh  dianalisis  secara
          kuantitatif  dan  kualitatif.  Dapatan  kajian  menunjukkan  pengurusan  asrama  yang
          berkesan  memberi  impak  kepada  kemenjadian  murid  dalam  konteks
          kecemerlangan  akademik  dan  ko-kurikulum  dalam  kalangan  murid  tinggal  di
          asrama sekolah menengah harian luar bandar.
          Kata kunci: Pengurusan asrama, kemenjadian murid, luar bandar

          VPB08

             NORMA BAHARU PANDAMIK COVID-19: PERSEPSI GURU TERHADAP
                 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) DALAM TALIAN

                                   LIM LEE CHING, PhD
                 Jemaah Nazir Cawangan Miri Kementerian Pendidikan Malaysia
                  Tingkat 3, Wisma Persekutuan 1, Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak
                                   xinyu_jing@yahoo.com

          Seramai  1.5  bilion  murid  daripada  165  buah  negara  tidak  dibenarkan  belajar  di
          sekolah  akibat  penularan  pandamik  COVID-19  sejak  26  Mac  2020.  Penutupan
          semua  institusi  pendidikan  di  Malaysia  dilaksanakan  pada  18  Mac  2020  bawah
          Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, PdP dalam talian secara WhatsApp
          (WA), Telegram, Google Meet (GM), Google Classroom (GC) dan Zoom diadakan
          supaya murid dapat meneruskan pembelajaran di rumah. Namun, pengintegrasian
          teknologi  maklumat  dan  komunikasi  bagi  pelaksanaan  Pengajaran  dan
          Pembelajaran  Di  Rumah  (PdPR)  menjadi  cabaran  utama  pihak  sekolah  kerana
          guru dan murid memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu
          ini.  Justeru  itu,  kajian  ini  dilaksanakan  untuk  mengenal  pasti  persepsi  guru
          terhadap PdP dalam talian sebagai norma baharu pandamik COVID-19. Tiga orang
          guru  Bahasa  Cina  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  (SMK)  di  bandaraya
          Miri   sebagai  persampelan  bertujuan  menjawab  persoalan  kajian  ini.  Kaedah
          kualitatif melalui pemerhatian, temubual dan analisis dokumen untuk pengumpulan
          data. Dapatan kajian menunjukkan murid kurang mahir mengakses pembelajaran
                                                                          49
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58