Page 52 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 52

pelbagai   intervensi   kepada   guru   telah dijalankan,   antaranya   ialah
          mengadakan Continuous  Professional  Development  (CPD)  dan  Professional
          Learning Community (PLC) secara atas talian. Peranan Middle Leader (ML)  yang
          dilantik  bagi  membantu  guru  dalam  kumpulan  masing-masing  tetap  diteruskan.
          Data         Rondaan         Pembelajaran berfokus secara     alam
          maya   menunjukkan   perubahan  dan  berlaku  peningkatan dalam  membudayakan
          14  kompetesi  pengajaran  dan  pembelajaran  Program  Sekolah  Amanah  ketika
          Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) mengikut norma baharu.
          Kata  kunci:  Rondaan  Pembelajaran  ,   Pengajaran  dan  Pembelajaran  Di  Rumah
                    (PdPR)  ,  Continuos  Professional  Development  (CPD),Professional
                    Learning Community (PLC),Middle Leader (ML).

          VPB06

               PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN (HP) PROGRAM DIPLOMA
          PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) OLEH PELAJAR AMBILAN JUN 2020
             DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK (IPGKS): SATU
                                      TINJAUAN

                                  CHIN PENG YEE, PhD
                          Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
                             Jalan Bakam, 98009 Miri Sarawak
                                  cpyee@ipgm.edu.my.
          Kajian  ini  dilaksanakan  untuk  meninjau  perspektif  tahap  pencapaian  Hasil
          Pembelajaran  (HP)  Program  Diploma  Pasacasiswazah  Pendidikan  (PDPP)ndi
          Institut  Pendidikan  Guru  Kampus  Sarawak,  Miri.  Aspek  pengurusan  dan
          pentadbiran  program  ini  juga  diteliti  sebagai  tindakan  penambahbaikan
          pelaksanaan PdPc dalam talian pada tempoh Pandemik Covid-19.  Sampel kajian
          dipilih  secara  bertujuan  (purposeful),  iaitu  melibatkan  92  orang  pelajar  PDPP
          Ambilan Jun 2020 yang merupakan kumpulan pelajar pertama ditawarkan program
          pengajian dalam pelbagai bidang teras, iaitu Bahasa Melayu, Pengajaran Bahasa
          Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
          Reka  Benbtuk  dan  Teknologi.  Pelajar-pelajar  berkenaan  merupakan  guru-interim
          yang sedang mengajar di sekolah rendah atau sekolah menengah negeri Sarawak
          yang tiada kelayakan ikhtisas pendidikan. Data dikumpul menggunakan instrumen
          soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif. Hasil
          daripada analisis data kajian yang diperoleh, didapati responden bersetuju bahawa
          Hasil Pembelajaran (HP) yang perlu dibelajar dan dikuasai seperti yang diperlukan
          dalam  kurikulum  PDPP  adalah  tercapai.   Dapatan  kajian  ini  juga  menunjukkan
          pengurusan  dan  pelaksanaan  program  ini  adalah  baik  walaupun  secara  dalam
          talian. Seterusnya, diharap dapatan kajian ini dapat menjadi panduan dan maklum
          balas  kepada  pihak  pengurusan  institut   dalam  mengurus  dan  melaksanakan
          program pengajian ini selepas ini secara amnya, dan menambahbaikkan kurikulum
          PDPP di peringkat pusat secara khususnya.
          Kata  kunci:  Hasil  Pembelejaran  (HP);  Program  Pascasiswazah  Pendidikan
                     (PDPP); Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS).




                                                                          48
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57