Page 48 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 48

Abstrak Pembentangan Penyelidikan / Akademik
                 e-Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021
                          (e-SPeDIP2021) Peringkat Kebangsaan


          VP: Pembentangan Secara Rakaman Video

          VPA: Bidang IR 4.0

          VPA01 :

           PERSEPSI TERHADAP INISIATIF PERLAKSANAAN AMALAN HIJAU DALAM
                             KALANGAN KOMUNITI KAMPUS

                                       1
                                                                        2
             NUR ‘AISYAWATI BINTI AMBO , AZIZAH BINTI MOHD TAMAMUDDIN
                                                          2
          1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah;  Jabatan Pelancongan
                          dan Hospitaliti, Politeknik Hulu Terengganu
                       1                   2
                        naisya881@gmail.com,  azieizahmt@gmail.com

          Kertas konsep ini membincangkan persepsi terhadap inisiatif perlaksanaan amalan
          hijau  dalam  kalangan  komuniti  kampus.  Implementasi  teknologi  hijau  ialah
          penjagaan  alam  sekitar  dengan  mengurangkan  penggunaan  kertas  dalam
          kehidupan  seharian  termasuk  di  tempat  kerja.  Amalan  hijau  ini  telah  lama
          diperkenalkan  di  Malaysia,  akan  tetapi  kesedaran  dan  kefahaman  terhadap
          perlaksanaan  amalan  hijau  masih  lagi  rendah  dalam  kalangan  komuniti  kampus
          seperti  yang  dinyakan  dalam  banyak  kajian  lepas.  Keadaan  ini  menyebabkan
          inisiatif  perlaksanaan  amalan  hijau  yang  sudah  lama  diperkenalkan  masih  lagi
          kurang berkesan. Aspek amalan hijau juga merupakan salah satu perubahan yang
          menyokong  revolusi  industri  4.0.  Pemerkasaan  teknologi  hijau  seiring  teknologi
          terkini  seperti  Revolusi  Perindustrian  4.0  (IR4.0)  adalah  untuk  mengurangkan
          kesan  pencemaran  daripada  sisa  buangan  seperti  kertas  dan  plastik.  Dunia  kini
          kian  diancam  oleh  masalah  alam  sekitar  yang  sebahagian  besarnya  dikaitkan
          dengan penggunaan berlebihan oleh manusia. Kesan penggunaan berlebihan yang
          tidak mesra alam ini dikatakan telah mengakibatkan perubahan iklim menjadi tidak
          menentu,  suhu  bumi  meningkat  dan  mutu  alam  sekitar  terus  merosot.  Kertas
          konsep ini diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran amalan hijau
          dalam kalangan komuniti kampus.
          Kata kunci: Amalan hijau, komuniti kampus, IR 4.0

          VPB: Bidang Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan

          VPB01

           KEBERKESANAN TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) DAN HUBUNGANNYA
                        DENGAN AMALAN DI SEKOLAH SARAWAK

                                                    2
                                1
              LING SONG KAI, PhD ; KHALID BIN BUJANG ; OMAR BIN HJ MAHLI 3
                Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
                                1
                                 lingsongkai@hotmail.com

                                                                          44
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53