Page 51 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 51
Kajian kes ini dijalankan kerana masalah yang dihadapi oleh Guru Pendidikan
Islam dalam menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi
subjek Tasmik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Isu yang dihadapi
oleh guru Pendidikan Islam SK Sebandi Ulu mendapati bacaan murid sepanjang
Tasmik secara PdPR kurang menunjukkan peningkatan dalam prestasi bacaan
Iqra’. Oleh itu, pengkaji melaksanakan kajian ini untuk mengenalpasti punca
pelaksanaan Tasmik yang kurang berkesan semasa PdPR dan seterusnya menilai
langkah yang digunakan oleh guru. Kajian ini juga bertujuan untuk mencadangkan
pendekatan pelaksanaan Tasmik yang berkesan dalam meningkatkan prestasi
bacaan murid. Kajian Kualitatif berbentuk kajian kes ini menggunakan instrumen
pemerhatian dan temubual. Hasil dapatan mendapati faktor pelaksanaan Tasmik
semasa PdPR kurang berkesan berpunca daripada masalah talian yang dialami
oleh guru dan murid serta sikap guru yang tidak memberi ulasan mengenai
pencapaian murid. Oleh itu, pengkaji mencadangkan sebuah pendekatan
pelaksanaan kelas Tasmik semasa PdPR yang mampu memberi kesan dalam
menambahbaik bacaan murid. Kajian ini juga mendapati bahawa kaedah
pengajaran serta sikap guru merupakan dua perkara penting yang perlu
dititikberatkan dalam melangsungkan pengajaran agar potensi murid-murid dapat
dikembangkan walaupun pengajaran yang dijalankan adalah secara tidak
bersemuka
Kata kunci: Kelas Tasmik, Iqra’, Pandemik Covid19, Kajian Kes
VPB05
PEMANTAUAN MELALUI RONDAAN PEMBELAJARAN ALAM
MAYA MEMBANTU MENINGKATKAN AMALAN PEMBUDAYAAN 14
KOMPETENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN SEMASA
PdPR
LAZIFAH BINTI MOHD AZIZ
SK Kijal
24100 Kemaman, Terengganu
lazifah69mohdaziz@gmail.com
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan akan memberi impak
positif kepada murid. Sekolah Kebangsaan Kijal merupakan salah sebuah
Sekolah Amanah di daerah Kemaman bermula pada tahun 2016. Program
Sekolah Amanah ini diberi bimbingan oleh pihak konsultan iaitu LeapEd Services
Sdn Bhd, yang dilantik oleh pihak Yayasan Amir melalui kerjasama
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Program Sekolah Amanah,
empat matlamat strategik sasaran utama yang perlu dicapai dalam pengurusan
sekolah. Matlamat strategik yang kedua ialah meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran guru serta membudayakan 14 kompetesi PdP Program Sekolah
Amanah yang berfokus kepada Pembelajaran Abad 21 (PAK 21). Bagi memastikan
kelestarian amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan , pihak
pengurusan membudayakan amalan Rondaan Pembelajaran. Rondaan
Pembelajaran alam maya merupakan salah satu kaedah pemantauan yang
dijalankan berdasarkan norma baharu. Ianya dijalankan secara berfokus bagi
memastikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR ) memberi impak
positif dan menarik minat murid untuk belajar. Dalam memantapkan lagi proses
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang bermakna kepada murid
47