Page 55 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 55
VPB10
ISU PENANGGUHAN KEM BESTARI SOLAT KETIKA PdPR PUNCA
KECICIRAN PELAJAR DALAM MEMAHAMI TATACARA SOLAT BERJEMAAH
MUNIRAH BINTI MOHD JAAFAR
Sekolah Kebangsaan Sematan
D/A Pejabat Daerah Lundu, 94500, Lundu, Sarawak
munirahjaafar2404@gmail.com
Kem Bestari Solat atau dikenali sebagai KBS merupakan aktiviti yang wajib
dilaksanakan oleh pihak sekolah pada awal dan akhir tahun secara intensif di satu
tempat khas sama ada di ruang bilik solat mahupun dewan sekolah bergantung
kepada kesesuaian sesebuah sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menerangkan
secara jelas tentang Kem Bestari Solat dan cara perlaksanaanya kepada pelajar
dengan memperlihatkan simulasi daripada guru-guru Pendidikan Islam berkenaan
dengan contoh bacaan dan perlakuan yang sempurna dalam berwuduk dan
mendirikan solat secara individu dan berjemaah. Penangguhan Kem Bestari Solat
disebabkan penularan wabak Covid 19 yang semakin kian meningkat ini adalah
faktor keciciran pelajar dalam memahami tatacara solat khususnya bagi pelajar
Tahun 5 yang sedang mempelajari konsep solat secara berjemaah. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam memahami
konsep solat secara berjemaah setelah mempelajarinya secara atas talian ataupun
PdPr. Sampel kajian adalah sebanyak 8 orang pelajar dari kelas Tahun 5 yang
dipercayai dapat membantu untuk mengenalpasti faktor keciciran pelajar dalam
mencapai tahap yang memuaskan seperti yang diperolehi dalam perlaksanaan
KBS pada tahun yang sebelumnya. Hasil maklumbalas soal selidik mendapati
pelajar masih berada pada tahap sederhana dan memerlukan penerangan yang
lebih terperinci. Perancangan dan penambahbaikan dalam strategi pengajaran
yang dibina sejajar dengan kandungan Buku Panduan KBS akan memberi impak
dalam meningkatkan potensi pelajar untuk memahami konsep dan kandungan
pembelajaran dengan lebih meluas dan mengikut keadaan semasa justeru pelajar
pada abad ke- 21 ini mestilah berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam menempuh
cabaran teknologi pada masa akan datang dalam usaha memperolehi ilmu agama
yang lebih tinggi.
Kata kunci: Kem Bestari Solat (KBS), PdPr, Keciciran, Solat
VPB11
GOOGLE CLASSROOM SEBAGAI SISTEM PENGURUSAN DALAM TALIAN
(LMS) UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWAL
PERGERAKAN (PKP)
2
1
SEOW SIEU KIAN ; RATHI DEVI A/P SHANMUGAM , PhD; WONG MAI SZE 3
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, KM 7.75, Jalan Kluang, Batu
3
Pahat, Johor; SMJK Chan Wa, Jalan Temiang, Taman Nee Yan, 70200
Seremban, Negeri Sembilan
3
1 sieukian@iptho.edu.my , rathidevi@iptho.edu.my, ipgm-1425@moe-dl.edu.my
2
51