Page 58 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 58
Skudai, Johor Bahru. The data were collected from 146 respondents under the
Faculty of Business Management consists of seven programs. The students were
chosen because they represented the largest and typical academic division in this
higher education institution. The findings of this study revealed that the identified
factors are significant towards perceived e-learners satisfaction. The results
concluded the significant relationship between learner computer anxiety, learner
internet self-efficacy, technology quality, perceived ease of use, and perceived
usefulness towards perceived e-learner satisfaction. A negative correlation between
learner computer anxiety towards perceived e-learner satisfaction was discovered
in the findings. Specifically, the result indicated that learner computer anxiety
should be avoided as it is damaging e-learner satisfaction. To maximize learning
satisfaction, perceived ease of use and perceived usefulness should be integrated
into e-learning by considering the level of e-learners’ computer anxiety in this
pandemic. The study's findings can be used to effectively assist administrators,
instructors, and e-learners in policy formulation, learning motivation, and
strengthening the learning experience through the conceptual framework and
theoretical knowledge based on the ARCS Model.
Keywords : E-learning, e-learners satisfaction, learner computer anxiety, perceived
usefulness, perceived ease of use.
Kajian korelasi ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi e-
pembelajaran, dengan berfokuskan hubungan yang signifikan terhadap kepuasan
e-pelajar sepanjang pandemik COVID-19 di wilayah selatan Johor. Metodologi
penyelidikan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Untuk mengukur
kepuasan pelajar melalui e-pembelajaran, penyelidik telah menjalankan tinjauan
dalam talian dengan soal selidik yang telah diadaptasi untuk mengenal pasti
respons sampel terhadap kepuasan e-pelajar dengan menggunakan skala Likert
enam mata di salah sebuah kolej universiti swasta tempatan di Skudai, Johor
Bahru. Data dikumpulkan daripada 146 orang responden di bawah Fakulti
Pengurusan Perniagaan terdiri daripada tujuh buah program. Kumpulan responden
ini dipilih kerana mereka mewakili kumpulan pelajar terbesar di institusi pengajian
tinggi ini. Hasil kajian ini telah menunjukkan faktor yang dikenal pasti adalah
signifikan ke atas kepuasan e-pelajar. Dapatan kajian telah menyimpulkan
hubungan yang signifikan antara kegelisahan komputer pelajar, efikasi kendiri
internet pelajar, kualiti teknologi, persepsi terhadap kemudahan penggunaan, dan
persepsi terhadap kegunaan ke atas kepuasan e-pelajar. Hubungan negatif antara
kegelisahan komputer pelajar terhadap kepuasan e-pelajar telah dikenal pasti
dalam kajian ini. Secara khusus, dapatan turut menunjukkan kegelisahan komputer
dalam kalangan pelajar harus dielakkan kerana merosakkan kepuasan e-pelajar.
Untuk memaksimumkan kepuasan belajar, persepsi ke atas kemudahan
penggunaan dan persepsi ke atas kegunaan harus diintegrasikan ke dalam e-
pembelajaran dengan mempertimbangkan tahap kegelisahan komputer dalam
kalangan e-pelajar dalam pandemik ini. Hasil kajian dapat digunakan untuk
membantu pentadbir, pengajar, dan e-pelajar secara efektif dalam pembentukan
dasar, motivasi belajar, dan pengukuhan pengalaman belajar melalui kerangka
konseptual dan pengetahuan teori berdasarkan Model ARCS.
Kata kunci: E-Pembelajaran, kepuasan e-pelajar, kegelisahan kompoter pelajar,
persepsi kemudahan penggunaan, persepsi kegunaan
54