Page 50 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 50
dalam mengintergrasikan KBAT seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025
Kata kunci: KBAT, Kurikulum, Dick and Carey
VPB03
AKTIVITI PEMBELAJARAN BERMAKNA GCI1022
WONG MEE LENG
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
Jalan KDJ, 96509 Bintangor, Sarawak
sejarahipgr2014@gmail.com
Amalan terbaik ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memerhati siswa pendidik
PPISMP Ambilan Jun 2020 Kumpulan Bahasa Melayu 1 dan 2 mengaplikasikan
aktiviti PA21 dalam kursus Cabaran dan Isu Semasa Dunia (GCI1022). Tambahan
pula, amalan terbaik ini juga ingin mengenal pasti kelas Melor 1 dan kelas Melor 3
PA21 diwujudkan dalam keadaan yang selamat dan menyeronokkan semasa
pensyarah melaksanakan PdPc. Amalan ini adalah menggunakan pendekatan
kualitatif. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan data yang menggunakan
kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual tidak berstruktur untuk meninjau dan
mengenal pasti kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang diterapkan kepada 40
orang siswa pendidik PPISMP Ambilan Jun 2020 Kumpulan Bahasa Melayu
semasa proses pengajaran dan pembelajaran GCI1022 di IPG Kampus Rajang.
Dapatan amalan terbaik daripada kaedah pemerhatian mendapati 40 orang siswa
pendidik yang menggunakan PA21 dalam kursus ini untuk merealisasikan PPPM
2013-2025 manakala dapatan daripada kaedah temu bual tidak berstruktur juga
memberi kesan positif terhadap PA21 dalam GCI1022 iaitu menggunakan aktiviti
pembelajaran bermakna dalam kaedah koperatif. Setiap kumpulan telah mereka
nama kumpulan yang kreatif dan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing
seperti yang menggariskan enam aspirasi yang wajar dimiliki oleh setiap murid
demi menghadapi cabaran globalisasi dan semasa, sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Selain itu, elemen 6K juga yang ditekankan kini adalah berteraskan kepada 6C
iaitu Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Critical
Thinking (Pemikiran Kritis), Creativity (Kreativiti), Character (Karakter) dan
juga Citizenship (Kewarganegaraan) dalam aktiviti pembelajaran bermakna ini.
Kata kunci: aktiviti pembelajaran bermakna, amalan terbaik, GCI1022, 6C
VPB04
ISU DAN SOLUSI PELAKSANAAN KELAS TASMIK DALAM MENAMBAHBAIK
BACAAN IQRA’ MURID TAHUN 2 AL FARABI SEMASA PANDEMIK COVID19
NUR MAZARINA MIZZA BINTI DERUS
SK Sebandi Ulu
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa, 94300 Kota
Samarahan, Sarawak
nurmazarinamizza96@gmail.com
46