Page 49 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 49

Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25)  merupakan  insiatif  Kementerian
          Pendidikan  Malaysia  (KPM)  untuk  meningkatkan  kemenjadian  murid  di  sekolah
          melalui  kepimpinan  yang  berwawasan,  guru  yang  kompeten  serta  komitmen
          Komuniti luar. Namun, kajian lepas melaporkan peratusan komitmen Pemimpin dan
          guru beberapa buah sekolah di Malaysia masih pada tahap sederhana. Salah satu
          faktor  penurunan  komitmen  Pemimpin  dan  guru  berpunca  daripada  kepimpinan
          yang  lemah  dalam  kalangan  pentadbir  terhadap  organisasi  kepimpinannya.
          Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mencari dapatan kajian amalan
          TS25  dan  hubungannya  dengan  amalan  di  beberapa  buah  sekolah  di  Sarawak
          yang  terlibat  dengan  Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25).  Teknik
          persampelan  rawak  telah  digunakan  bagi  memastikan  kebarangkalian  semua
          responden terpilih sebagai sampel kajian tanpa bias. Soal selidik diedarkan di lima
          buah  sekolah  yang  mempunyai  populasi  guru  seramai  22  orang.  Skor  min  telah
          digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan di antara amalan TS25 dan tahap
          pelaksanaan  TS25.  Analisis  menggunakan  SPSS  22.0  menunjukkan  item
          kepimpinan adalah pada tahap sederhana (min = 1.71). Manakala item PdPc pada
          tahap  tinggi  (min  =  1.8).  Justeru  dapatan  kajian  awal  ini  wajar  diperluaskan  ke
          sekolah  rendah  dan  menengah  Program  Transformasi  Sekolah  2025  (TS25)  di
          seluruh  Sarawak  bagi  menguji  keberkesanan  Kepimpinan  dalam  kalangan
          pentadbir sekolah untuk meningkatkan Program TS25 di Sarawak.
           Kata kunci: Kepimpinan; Pentadbir sekolah; Amalan TS25

          VPB02

           PENILAIAN KURIKULUM  MENGINTERGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
          ARAS TINGGI (KBAT) BERDASARKAN MODEL DICK AND CAREY DI NEGERI
                                        PERAK

                             MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN
                              Universiti Pendidikan Sultan Idris
                   Fakulti Pembangunan Manusia, 35900 Tanjung Malim, Perak
                                syaubari@fpm.upsi.edu.my

          Matlamat  pendidikan  bertujuan  untuk  melahirkan  murid  yang  berilmu,  berakhlak,
          berketrampilan,  beramal  dan  berfikiran  kreatif,  kritis  dan  berkarisma.  Lanjutan
          daripada  itu,  pelaksanaan  kurikulum  yang  berkualiti perlu  dilaksanakan  menerusi
          pengintergrasian  KBAT  menerusi  sumbangan  ke  arah  mempertingkatkan
          keupayaan kefahaman, penghayatan dan pengaplikasian. Bagi mencapai matlamat
          tersebut, ianya banyak bergantung kepada kitaran pelaksanaan yang dilaksanakan
          oleh guru-guru bagi memastikan keberkesanan kurikulum di dalam membangunkan
          amalan PdP yang mengintergrasikan KBAT dengan berkesan. Sumber penentuan
          kurikulum yang mengintergrasikan KBAT ini dapat dilihat menerusi panduan yang
          telah  dihasilkan  oleh  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Kajian  yang  berbentuk
          kajian secara analisis deskriptif ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
          keberkesanan  pelaksanaan  kurikulum  yang mengintergrasikan  KBAT  berasaskan
          model Dick and Carey di Negeri Perak yang melibatkan 113 orang guru dengan
          menggunakan  soal  selidik  sebagai  instrumen  bagi  memprolehi  data  kajian.
          Berdasarkan  dapatan  kajian  menunjukkan  tahap  pelaksanaan  pengajaran,  guru-
          guru di dalam mengintergrasikan KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan nilai
          min  melebihi  4.00.  Untuk  itu,  beberapa  penambahbaikan  perlu  dilaksanakan  di

                                                                          45
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54