Page 44 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 44

Skills  telah  menyumbang  kepakaran  dalam  bidang  pendidikan  digital  sekaligus
          memenuhi  tangggungjawab  sosial-korporat  (CSR)  mereka.  Usaha  kolaboratif  ini
          bertujuan untuk menyediakan generasi muda yang berupaya menguasai kemahiran
          masa    depan   (future   skills)   dan   kompetensi   global   (global
          competencies).   Gabungan  tenaga  dan  sokongan  daripada  pegawai  SISC+  dan
          SIP+ dengan TM dari segi bimbingan kepakaran, peralatan digital (digital tools) dan
          pemindahan  pengetahuan  (knowledge  transfer)  telah  berupaya  memantapkan
          pendidikan  digital  di  sekolah  yang  dipilih.  Pendekatan  Project  Based  Learning
          (PBL) yang berpusatkan murid telah berjaya menghasilkan 16 produk inovasi oleh
          66 murid dengan bimbingan 48 orang guru dari dua buah sekolah rendah di daerah
          Bangsar/Pudu.   Mereka  telah  menerima  pendedahan  mengikuti  kursus  3D
          Modeling dan 3D Printing secara dalam talian serta bengkel hands-on. Impaknya
          jelas  dilihat  menerusi  kejayaan  pelaksanaan  PBL  berlandaskan  teknologi  digital
          dan e-showcase di kedua-dua buah sekolah tersebut. Murid yang terlibat berupaya
          membudayakan pembelajaran bermakna (deep learning) secara berterusan dalam
          penghasilan produk inovasi masing-masing. Projek ini bukan sahaja telah memacu
          pendidikan digital kepada murid dan guru bagi merealisasikan transformasi digital
          dalam  Pendidikan,  malah  juga  dapat  memantapkan  Pendidikan  STEM  negara.
          Akhirnya,  nilai  kebolehpasaran  mampu  disediakan  mulai  sekarang  untuk  masa
          hadapan.
          Kata  kunci:  Teknologi  digital,  Project  Based  Learning,  pengetahuan,  kemahiran,
                    bimbingan

          OP18

             PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: CABARAN GURU SEMASA PANDEMIK

                                           1
                                                                2
            ROSNAH@NINING BINTI SIDEK, PhD ; BUSTAM BIN DAMAN ; ARUN BIN
                                             3
                                        DAUD
            1,3                                      2
              Inistitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran;   Inistitut Pendidikan Guru
                            Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
                             1 Peti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah
                     1                     2
                     niningrosnah@gmail.com,  bustamdaman@gmail.com,
                               3 arundaud64@yahoo.com.my

          Pentaksiran dibuat untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu konsep
          pengajaran yang dipelajari bagi membantu guru menilai semula kaedah pengajaran
          yang  telah  dilaksanakan  dan  mengesan  kelemahan  kaedah  pengajaran  yang
          memerlukan penambahbaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti  isu
          dan cabaran tentang perlaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah dalam
          situasi  Pandemik  Covid-19  dimana  proses  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)
          berlaku dalam norma  baru.  Pelaksanaan  PdP secara  atas talian  agak  mencabar
          kerana  kekangan  internet  yang  terhad  terutamanya  di  kawasan  pendalaman
          menyebabkan  keberkesanan  proses  PdP  terjejas.  Proses  Pengajaran  dan
          Pembelajaran di Rumah (PdPR) harus diteruskan walaupun ianya kurang berkesan
          dari  aspek  komunikasi,  pemerhatian  dan  pemahaman  pelajar.  Situasi  ini
          menyebabkan  pembelajaran  dua  hala  antara  guru  dan  murid  sukar  untuk
          dipraktiskan  berbanding  dengan  proses  PdP  secara  berdepan  dalam  keadaan
          realiti. Semasa PdPR, guru menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Meet,
          Whatsapp,  Telegram,  Facebook,  Quizziz,  Google  Form,  Youtube  Video  dan
          sebagainya.  Dalam  kajian  ini,  responden  terdiri  daripada  guru-guru  interim  yang
                                                                          40
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49