Page 39 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 39

setiap  istilah  dan  membezakannya  dengan  istilah  yang  lain.  MyKamusKawin
          menggunakan  perisian  power  point dengan  kaedah  hyperlink.  Oleh itu ia  mudah
          dicapai oleh semua pelajar di mana sahaja mereka berada sama ada mempunyai
          talian internet ataupun tidak. Ia boleh dikongsi melalui pelbagai medium komunikasi
          seperti  whatsapp,  telegram,  email  dan  sebagainya  kerana  tidak  menggunakan
          ruang storan yang besar. Selain itu, penggunaan MyKamusKawin ini adalah sangat
          mudah dan terus kepada makna istilah yang dicari, dalam masa yang sama, ia juga
          menyediakan penerangan ringkas bagi setiap istilah untuk menambah kefahaman
          pelajar.  MyKamusKawin ini juga telah diuji kepada pelajar semester dua KK Klang
          dan didapati bermanfaat kepada mereka.
          Kata kunci: istilah, perkahwinan.

          OP11

            PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PEMANGKIN MODAL INSAN INDUSTRI
                                 BAHASA DI MALAYSIA

                                            1
                         MAZLAN ISMAIL, PhD ; CHIN FONG PHIN 2
                           Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
           Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E9,
                          Parcel E, 62604 Putrajaya, Kuala Lumpur
                                 1
                                 lan_164@yahoo.com.my

          Artikel  ini  membincangkan  berkaitan  Kurikulum  Pendidikan  Bahasa  Melayu
          menyediakan murid yang berketerampilan dalam berbahasa sama ada secara lisan
          mahupun secara bertulis. Kejayaan pelbagai industri berkaitan penggunaan bahasa
          membuktikan  bahawa  pendidikan  bahasa  Melayu  menjadi  pemangkin  kepada
          industri bahasa.  Objektif pendidikan bahasa Melayu tercatat  secara tersurat  dan
          tersirat  dalam  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan   Pentaksiran  yang  menjadi
          rujukan  kepada  semua  guru dan  pelaksana  kurikulum  persekolahan  di  Malaysia.
          Penguasaan  ilmu  bahasa  dalam  kalangan  murid  diukur  melalui  pencapaian
          sesuatu peperiksaan mahu pun amalan berbahasa itu sendiri. Kemenjadian murid
          yang berketerampilan berbahasa  mampu menyediakan modal insan dalam industri
          bahasa. Bersesuaian dengan kurikulum BM yang bermatlamat akhirnya melahirkan
          generasi  yang  mampu  berbahasa  dengan  baik  dan  dapat  menyumbang  dalam
          industri  bahasa  sebagai  pekerja  industri.  Kejayaan  pendidikan  BM  peringkat
          persekolahan  melalui  kurikulum  kebangsaan  tidak  dinafikan  adalah  signifikan
          dengan  sumbangan  modal  insan  yang  telah  mengerakkan  dan  membangunkan
          pelbagai  industri  dengan  kekuatan  bahasa.  Bergeraknya  industri  penerbitan,
          industri hiburan, industri penterjemahan, industri pelancongan, industri pengiklanan
          dan industri lain yang menggunakan bahasa sebagai pengerak. Ini membuktikan
          bahawa   pendidikan   bahasa   Melayu   secara   langsung   membantu
          pembangunan   industri  ekonomi,  sosial,  pendidikan  dan  politik.  Industri  bahasa
          akan terus berkembang dan menyumbang kepada masyarakat, negara dan global
          merentas sempadan lokaliti geografi. Justeru, peranan pendidikan  bahasa Melayu
          dalam pembangunan industri bahasa tidak boleh diketepikan dalam pembangunan
          negara,  malah  perlu  diperkasakan  seiring  dengan  perkembangan  dunia  revolusi
          industri 4.0.
          Kata kunci: bahasa Melayu, industri, penulisan, revolusi, modal insan


                                                                          35
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44