Page 38 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 38

seesaw  adalah  berkesan  untuk  menggalakkan  pembelajaran  aktif  dalam  sains.
          Pengkaji mencadangkan supaya jurnal pembelajaran digunakan sebagai alternatif
          dalam  mempelbagaikan  strategi  PdP  dan  sebagai  aktiviti  dalam  interaksi  bukan
          bersemuka di  Institut Pendidikan Guru.
          Kata kunci: Aplikasi Mudah Alih, Platform Seesaw, Jurnal Pembelajaran, Aplikasi
                    Web 2.0

          OP09

          AMALI SAINS ATAS TALIAN: MENGATASI KEPINCANGAN PEMBELAJARAN
                                 SAINS SEMASA PdPR

                CHIN CHEE KEONG, CHUA CONG SAIR, NOOR FADZILAH ARIS
                        Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
                            14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
                                   kevin19@gmail.com

          Penutupan  sekolah  semasa  Perintah  Kawalan  Pergerakan  untuk  membendung
          penularan  jangkitan  Covid-19  telah  menimbulkan  kesukaran  untuk  murid-murid
          mempelajari Sains melalui aktiviti amali secara fizikal di sekolah. Situasi ini boleh
          menjejaskan  pengalaman  murid-murid  untuk  mempelajari  konsep  Sains  melalui
          penyiasatan. Bersadarkan kajian kes yang telah dijalankan di sekolah kertas kerja
          ini mencadangkan tiga kaedah alternatif yang boleh dijalankan melalui PdPR  untuk
          memberikan  pengalaman  membuat  penyiasatan  saintifik  secara  atas  talian.  Tiga
          kaedah ini yang telah dilaksanakan di sekolah rendah adalah (a) Murid membuat
          pemerhatian  dan  inferens  semasa  demonstrasi  guru,  (b)  Murid  dibimbing  untuk
          melakukan  penyiasatan  di  rumah,  dan  (c)  Murid  dibimbing  menjalankan  amali
          secara  maya.  Kelebihan  dan  kekurangan  setiap  kaedah  ini  dianalisis.  Guru-guru
          Sains disarahkan untuk membuat persediaan awal yang rapi dari segi komunikasi
          dengan  murid-murid  dan  mengalakan  penglibatan  ibu  bapa  untuk  melancarkan
          amali sains secara atas

          OP10

                                    MyKamusKawin

                           NUR AZMAH BINTI MOHAMAD SALEH
                                   Kolej Komuniti Klang
          No 2680, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Taman Lipat Kajang, 41200 Klang,
                                       Selangor,
                             nurazmah.saleh@kkklang.edu.my

          Antara  misi  Kolej  Komuniti  Klang  (KK  Klang)  adalah  untuk  melahirkan  graduan
          holistik berciri keusahawanan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
          jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Juteru itu, graduan KK
          Klang  bukan  sahaja  ditawarkan  kursus  berteraskan  teknolgi  dan  keusahawanan
          tetapi juga dilengkapi dengan kursus kerohanian iaitu kursus Pendidikan Islam 1
          dan  2.  Pendidikan  Islam  2  mengandungi  topik-topik  berkaitan  isu-isu  dalam
          perkahwinan. Terdapat banyak istilah-istilah arab yang digunakan di dalam kursus
          ini  dan  sering  kali  mengelirukan  dan  menyukarkan  pelajar  untuk  mengingatinya.
          Oleh itu, MyKamusKawin diujudkan untuk membantu pelajar mengetahui maksud
                                                                          34
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43