Page 34 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 34

Kajian  tindakan  ini  cuba  merungkaikan  permasalahan  yang  dihadapi  oleh  Unit
          Bimbingan  dan  Kaunseling  untuk  menyimpan  data  dan  gambar  dalam  membuat
          satu  pelaporan  aktiviti.  Seramai dua  orang  guru  dipilih  menjadi  peserta di  dalam
          kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah aplikasi telegram untuk
          menyimpan data dan gambar aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling. Soal selidik
          dan temubual turut digunakan oleh penyelidik untuk menguji keberkesanan kaedah
          ini.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  Unit  Bimbingan  dan  Kaunseling  yang
          menggunakan kaedah ini dapat menyimpan dan menghantar laporan lengkap dan
          tepat kepada guru-guru yang memerlukan. Oleh itu, penggunaan aplikasi telegram
          ini dapat membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling menyimpan data dan gambar
          bagi melancarkan pengumpulan pelaporan tahunan yang cekap.
          Kata kunci: Aplikasi Telegram , Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pelaporan, Aktiviti
                    Unit Bimbingan dan Kaunseling.

          OP03

            HUBUNGAN SIKAP DAN MOTIVASI TERHADAP PEMBELAJARAN ATAS
                         TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPG

                               SHUKIMAN SUKARDI, PhD
                           Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
                        Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah
                                shu_kim_man@yahoo.com

          Bencana kesihatan telah melanda dunia pada tahun 2020; Pandemik COVID-19.
          Pandemik  Covic-19  telah  merubah  normaliti  manusia  termasuklah  sektor
          pendidikan. Ledakan ini menyebabkan struktur penyampaian  pendidikan berubah.
          Struktur Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) fizikal bertukar kepada Pembelajaran
          dan Pengajaran maya sepenuhnya. Pembelajaran atas talian dikenalpasti sebagai
          wadah terbaik bagi kelangsungan pendidikan dunia termasuklah Malaysia. Kajian
          ini bertujuan mengenalpasti sikap dan motivasi dalam kalangan pelajar IPG. Selain
          itu, mengenalpasti hubungan sikap dan motivasi terhadap pembelajaran atas talian.
          Reka  bentuk  kajian  ini  adalah  deskriptif  jenis  tinjauan.  Kajian  ini  melibatkan  69
          orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPG sepenuh masa di Kota
          Kinabalu,  Sabah.  Data  mentah  diperoleh  berdasarkan  soal  selidik  20  item  yang
          diadaptasi  daripada  soalselidik  Sikap  &  Motivasi  Pensyarah  oleh  Shazarina
          Zdainal Abidin et. al (2020). Data mentah akan diproses dan diberi makna secara
          deskriptif menggunakan statistik min dan peratus. Manakala bagi analisis inferensi
          menggunakan kaedah Korelasi Pearson dengan berbantukan Statistical Package
          Social Science 26 –SPSS 26.
          Kata  kunci:  Pandemik  COVID-19,  Pembelajaran  dan  Pengajaran  Fizikal,
                      Pembelajaran dan Pengajaran Maya, Pembelajaran Atas Talian

          OP04

           ANIMASI INFOGRAFIK: SATU KAEDAH PROMOSI DIRI GURU BIMBINGAN
          DAN KAUNSELING SEPENUH MASA DALAM NORMA BAHARU DI SEKOLAH
                                       BAHARU

                                JESSY JA ANAK KILLAU
                                   Kolej Vokasional Miri
                                                                          30
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39