Page 35 - BUKU PROGRAM eSEDIP2021
P. 35
Lorong 10, Jalan Jee Foh, Krokop, 98000 Miri, Sarawak
g-52297080@moe-dl.edu.my
Kajian tindakan ini cuba merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang berpindah stesen dalam norma
baharu untuk mempromosikan diri kepada guru sekolah baharu. Seramai lima
puluh orang guru dipilih menjadi peserta di dalam kajian yang dijalankan. Kajian ini
menggunakan kaedah animasi infografik untuk mempromosikan diri sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam suasana norma baharu. Soal
selidik dan temubual turut digunakan oleh penyelidik untuk menguji keberkesanan
kaedah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa yang menggunakan kaedah ini dapat mempromosikan diri di
sekolah baharu dengan lebih menarik dan efisien. Selain itu, penggunaan kaedah
animasi infografik ini dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa membina hubungan yang positif secara kreatif sesama rakan sekerja di
sekolah baharu.
Kata kunci: Animasi Infografik , Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh masa,
Norma baharu, Sekolah baharu.
OP05
PERSEPSI SISWA GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG TERHADAP ATAS
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN
1
2
IBRAHIM FIKRI BIN ABDULLAH ; MOHD ZAKI BIN ISMAIL, PhD ; MOHD
AZOLMAN BIN ZULKUFl, PhD 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
1 2
ibrahimfikri04-171@epembelajaran.edu.my; zaki04 80@epembelajaran.edu.my;
3
azolman04-87@epembelajaran.edu.my
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang terhadap pelaksanaan
pembelajaran secara atas talian yang dijalankan dalam era dalam Perintah
Kawalan Pergerakan. Kajian ini melibatkan 96 orang siswa guru khususnya yang
mengambil elektif teras Pendidikan Moral di semester 2, tahun 1. Kajian ini adalah
berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan
menggunakan nilai min. Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen
kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang pelaksanaan atas talian telah
diadaptasi dari kajian lepas. Terdapat lima aspek yang telah dikaji. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa kelima-lima aspek yang dikaji di dalam kajian ini berada
pada tahap tinggi iaitu kandungan pembelajaran atas talian (4.01) dan interaksi
atas talian (4.11), maklum balas pensyarah (4.23), strategi motivasi yang
digunakan oleh pensyarah (4.18) dan kemudahan mengakses aplikasi
pembelajaran atas talian (4.23). Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan yang
lebih berkesan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa
akan datang. Kesediaan pengetahuan, kemahiran dan komitmen pelajar,
pensyarah, institusi pendidikan, dan kementerian terlibat serta syarikat
31